Category Archives: Apa-Apa Aje

Skeptik

                                   “Never trust anybody 100%”

Itulah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh mantan awekku sewaktu kami berdating beberapa kurun yang lalu.

“Walaupun aku R?”

“Walaupun kau.”

Ketika itu aku kecil hati dan marah pada dia. Kenapa pulak dia tak mahu percaya pada aku sedangkan aku ni pakwe yang tulus ikhlas menyayangi dia? Aku fikir. Waktu itu.

Tapi perjalanan detik waktu membawa bersama kematangan dalam diri, bibit demi bibit. Lama selepas itu barulah aku sedar, kata-katanya itu memang benar. Orang kata kalau couple atau pasangan itu sebaya, selalunya yg perempuan itu akan lebih matang. Betullah tu.

Apa perasaan yg akan dirasa bila kau amanahkan seseorang dengan rahsia atau masalah kau kerana kau percaya padanya dengan harapan agar dia tidak menceritakannya pada orang lain tapi rupa-rupanya dia mengkhianati amanah itu. Aku pernah merasainya. Sakit hati, kecewa, malu, tertekan. Semuanya aku alami. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.

Dunia terlalu cepat berubah dan kita sebagai manusia pun begitu. Orang yang bersahabat baik dan sangat akrab hari ini mungkin akan menjadi seteru ketat esok. Pasangan yang berkahwin hari ini belum tentu esok lusa akan bersama lagi. Anak murid yang taat setia sekarang ini barangkali akan durhaka kemudian nanti. Semua ini siapa yang tahu? Hanya Dia…..

Lalu aku pun mengambil pendekatan berjaga-jaga. Perkara-perkara berat dan sulit yang aku rancang dan fikirkan jarang aku ceritakan pada orang lain kecuali apabila perlu dan pada yang patut tahu. Perasaan dan masalah aku juga begitu. Lantas ada sahabat yang melabel aku sebagai ‘misterius’ kerana sikapku. Biarkan. Aku suka dianggap begitu. Hidup ini bagaikan permainan catur, kalau orang dah tahu apa langkah kau, lebih tinggilah kebarangkalian untuk kau kalah.

Dan banyak kali juga, aku mendengar ayat2 sebegini,

“Eh, kau tau sebenarnya si Z tu dah kahwin senyap2.”

“Y dan X tu couple dah teruk woo..Bukan setakat pegang tangan je, pegang ….”

“Kau tau W tu memang malas kerja. Tengoklah, hari ni tak masuk. Dah 2 minggu asyik mengular je.”

Berapa ramai antara kita yang apabila mendengar satu cerita yang belum sahih, menyiasatnya dahulu sebelum membuat keputusan mengiya atau menidakkan? Dan berapa ramai pula yang lekas-lekas nak percaya tanpa usul periksa?

Sebab itu aku skeptik apabila mendengar cerita dan berita yg kabur sumbernya. Aku skeptik apabila mendengar manusia pernah mendarat di bulan. Aku skeptik apabila orang kata kalau kau tak forwardkan email ini kau akan ditimpa malapetaka dalm 2-3 hari. Aku skeptik apabila orang berkempen jualan langsung, yang kalau aku menyertainya boleh mendapat keuntungan beribu-raban ringgit. Aku skeptik apabila harga tol naik disebabkan kos pengangkutan semasa yang turut naik sama. Aku skeptik apabila gula habis. Aku skeptik apabila Datuk K berkata Siti bukan punca perceraiannya.

Berikanlah bukti untuk aku percaya.

7 Comments

Filed under Apa-Apa Aje, Emotions

Biarkanlah Rambutnya Berkelemumur

Macam kebetulan pulak, Nana dan Litium membangkitkan tentang isu iklan-iklan keji yang muncul di kaca televisyen. Walaupun aku tidaklah mengeluarkan caci-maki yang dahsyat bila melihat iklan-iklan itu, (mungkin kerana aku tak ada masalah PMS), tetapi bengang juga bila iklan tu konsep, mesej dan penyampaiannya tak masuk akal.

Selain dari iklan keji yang telah Nana nyatakan, ada dua lagi iklan yang buat aku cukup menyampah. Iklan syampu. Pertama, tentang seorang gadis yang menuntut di sebuah institut pengajian, yang tiada keyakinan diri kerana rambutnya berkelemumur, meskipun bertudung. Sifat itu menghalang dia dari menyertai sebuah drama. Akhirnya kawan dia memberi sebuah penyelesaian, menggunakan syampu yang kununnya ajaib sangat itulah, makanya hilanglah akan kelemumurnya itu dan bertambahlah keyakinan dirinya dan masuklah dia ke ujibakat drama itu. Dan aku assume dia dapatlah watak heroin tu. Paling keji bagi aku adalah scene apabila gadis bertudung itu memegang tangan lelaki yang aku assume hero dalam iklan tu. Keji sungguh.

Iklan kedua adalah iklan yang dikolaborasikan dengan rancangan siasatan jenayah yang tersohor di sebuah stesen tv swasta tempatan. Itupun keji tahap tertinggi. Kononnya tak mahu ditemubual tentang kes pecah rumah sebab rambut berkelemumur. Lepas tu dah bersyampu, rambut dah hilang kelemumur, dengan penuh gediknya melibas-libas rambut bila nak ditemubual. Gedik nak mampos sampai aku rasa nak terajang!!

Entah apa nak jadilah dengan diorang ni.

12 Comments

Filed under Apa-Apa Aje

Bahasa Inggeris Seorang Lanun

Malam semalam aku bersama rakan serumah menonton sebuah filem aksi yang bertukar menjadi filem kelakar. Oh, bukan kerana pelakonnya tidak berkualiti, lakonan mereka kira okeylah, walaupun mungkin tidaklah sehebat pelakon seperti Denzel Washington yang menjadi idola aku. Bukan juga kerana plot ceritanya kerana unsur saspens dan thriller berjaya digarap pada tahap sederhana.

Tapi yang buat aku dan kawan aku gelak sampai terbaring-baring adalah subtitlenya iaitu dialog yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan penonton tempatan yang kurang mahir berbahasa Inggeris memahaminya. Sepatutnyala, tapi jadi sebaliknya. Ayatnya tunggang-langgang, perkataannya diterjemah secara direct translation tanpa mengambil kira maksud ironis yang cuba disampaikan. Maka keluarlah ayat-ayat seperti ini:

Dialog: You’re a dead man!
Subtitle: Awak satu mayat mati!

D: Oh shit!
S: Oh tahi!

D: Damn you!
S: Empangan awak!

D: You are such a constant pig!
S: Awak memang seekor babi yang malar!


Barangkali tokei cd cetak rompak ini kerap menerima permintaan cerita yang bersubtitle. Bagi cerita yg di cetak rompak secara terus dari negara luar, subtitlenya kadang2 tidak ada. Lalu, dia pun translate la ikut apa yg dia paham. Atau mungkin pakai software translator tuh. Bagi aku yang celik bahasa inggeris sedikit ini, mungkinlah okey lagi. Bolehlah aku cuba abaikan saja teks di bawah itu. Tapi macamana dengan mereka yang tidak tahu? Yang baru hendak belajar? Tidakkah mereka didedahkan dengan satu kekeliruan yang nyata?

Mungkin lanun-lanun ini perlu melakukan anjakan paradigma. Mereka kan dah untung banyak dengan menjual cerita-cerita tanpa perlu membayar royalti atau bayaran hak pengedar. Apalah salahnya mengambil pekerja yang, katakanlah mempunyai kelulusan minima A2 dalam B.I SPM untuk jadi penterjemah. Sekurang-kurangnya dapatlah memberi khidmat kepada masyarakat, walaupun tidaklah sebesar mana pun.

Ataupun mungkin aku yang kena ubah paradigma, jangan beli cd cetak rompak lagi. Hahahaha…

5 Comments

Filed under Apa-Apa Aje

Boleh Tak?

Ini cubaan ke betul2?

Cubaan!!!!

1 Comment

Filed under Apa-Apa Aje