Monthly Archives: August 2006

Mencari Masa Berblog

Ruang meja di bilik pejabat aku berserabut. Macam-macam kerja perlu dibereskan. Kertas berserakan menutupi ruang meja, dengan nota kuliahnya, tutorialnya, labnya, surat-surat rasminya. Alat tulis pun tertindih di bawah timbunan kertas. Bila nak mencari pen, stapler, kalkulator, jenuh nak kena menyelak kertas-kertas tu. Dan acapkali, aku akan lost, kertas yang aku nak guna tak jumpa. Oh sungguhlah tak organizenya aku ini. Bukan aku tak cuba, adalah 2-3 kali aku akan kemas meja bila tiba waktu balik kerja. Tapi bertahannya tak lama. Esok paginya, habis berterabur balik. Ok, since aku memang helpless bab kemas-mengemas ni, nampaknya aku mesti masukkan ciri pandai mengemas dalam kriteria pemilihan isteri aku nanti.

Aku cerita ini bukan aku nak bagitau orang aku rajin. Oh tidak. Ini semua tanggungjawab yang diamanahkan. Nak tak nak aku kena buat. Kadang-kadang workload yang diberi tak sepadan dengan jumlah masa yang aku ada. Tapi silap aku juga. Suka buat kerja last minit. Bila dah dekat dengan dateline barulah menggelabah terkena simptom tidur-malam-tak-lena-sebab-esok-dah -tau-nak-kena-jumpa-timbalan-dekan-present-laporan.Tapi sebenarnya aku suka dengan tekanan ini. Otak aku berfungsi lebih baik dan lancar bila ada stress. Kerja akan siap bila rasa ada rasa cuak dan takut. Tapi kalau stress yg keterlaluan aku rasa aku breakdown juga. Maka itulah aku tidak dapat berblog selalu lagi seperti dulu. Alaa..macamla ramai sgt org baca pun kan? Tapi takpe.

Kebanyakan kerja deadlinenya minggu ini. Mudah-mudahan aku dapat setelkan semuanya. Nanti minggu depan, aku akan boleh melayari lebih banyak blog dan menuis entri. Tidak seperti waktu sekarang ini.

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita Semasa

Penangan Serangan Moero

Klik┬ádi┬ásini untuk melihat intro “Moero Attack” di YouTube.

Dulu sekitar pertengahan tahun 80an, drama bersiri alihbahasa Jepun akan mengisi slot petang di TV1. Rancangan inilah yang menjadi kegilaan aku dan kawan-kawan aku. Sampaikan ada yang sanggup ponteng sekolah agama kerananya. Bukan aku, kawan aku. Aku tak ponteng, sebab aku memang tidak pergi sekolah agama. Ceritanya bertajuk “Moero Attack” yang bermaksud “Burning Up Attack” atau mungkin dalam bahasa Melayunya “Serangan Membakar”.

Kisahnya menceritakan perjalanan hidup seorang gadis mengejar impian menjadi pemain bolatampar dan dugaan serta rintangan yang perlu dihadapinya dalam menggapai cita-citanya itu. Ceritanya dibintangi pelakon seperti Yumiko Araki, Junko Mihara dan Tadashi Sato.

Paling best cerita itu adalah aksinya. Heroin cerita itu (malang aku tak ingat namanya) mempunyai kepakaran melakukan spike (setara dengan smash dlm badminton) yang hebat. Gerakannya dipanggil “Summersault Berpusing”. Gila ganaslah minah tu. Tera gila. Dahlah lompat tinggi, siap boleh gimnastik lagi sebelum spike. Dan spikenya itu tersangatlah lajunya sehinggakan pemain lawan akan nampak bola itu berbayang-bayang dan berpusing tak menentu. Yang kena spike tu memang tak dapat ambil punyalah. Begitulah fikiran aku di zaman kanak-kanak dulu. Sungguh naif.

Tak keterlaluan kalau aku katakan ramai orang yang lahir sezaman dengan aku yang minat bermain bolatampar bermula dari cerita itu. Aku sendiri pun mula menceburkan diri dalam arena bolatampar bermula dari tingkatan satu kerananya. Aku yang naif lagi innocent ketika itu masih menyimpan impian untuk melakukan “summersault berpusing” dan melakukan spike yang mengagumkan kawan dan menggerunkan lawan.. Tapi setiap kali aku mencuba memang tak boleh. Habis-habis tera pun aku boleh berguling atas court aje. Itu bukannya menakutkan lawan, bagi diorang gelak lagi adalah.

Lama-kelamaan barulah aku sedar impian aku tu adalah angan-angan yang tiada maknanya. Barulah aku sedar konsep graviti Bumi. Barulah aku belajar konsep penipuan dalam perfileman. Tapi minat terhadap bolatampar tak pernah luntur sehingga aku menjadi kapten pasukan sekolah sewaktu di tingkatan 5, bermain di universiti dan sampailah sekarang masih meminatinya. Cuma aku tak ada geng sahaja sekarang ini nak bermain. Kalau adapun yang main suka-suka, pakai kakilah, tanduk pakai kepalalah. Aku tak suka. Mereka tak menghayati seni bermain bolatampar.

Dalam hampir setiap siri juga, akan ada scene di mana selepas diorang training, diorang akan bermandi-manda. Mereka akan bersiram di shower yang pintunya hanya menutup bahagian badan. Kita akan nampak kepala mereka sampai ke paras dada dan bahagian lutut ke bawah. Aku tertanya juga ketika itu, apasal diorang tak tunjuk t***k sekali. Mujurlah tidak terkeluar soalan itu dari mulutku di hadapan bonda, kalau tidak sudah tentu aku akan mengalami kemalangan ngeri. Aku ketika itu juga tidak berapa faham kenapa aku sangat teruja dan ternanti-nantikan scene itu. Bila sudah matang dan besar sedikit barulah aku sedar. Aku memang lelaki normal.

18 Comments

Filed under Dolu-Dolu