Monthly Archives: November 2005

Demi Masa

There are certain events or moments in life which defines you. Which suddenly enlightens you with a new revelation. Giving you a new insight of life. Widening or changing your perspective and way of thinking. It feels like you’re being jolted up by somebody from deep slumber. And the feeling is inexplicable. It’s surprising sometimes how fate does it’s work. It’s amazing how some things are always there right in front of our eyes but we do not see it until we are conditioned to.

Masa. Macamana kita nak mendefinisikan masa? Macamana kita nak menakrifkan tempoh masa yang panjang atau yang pendek? Empat tahun aku bermastautin di bumi Melaka ni. Menimba ilmu untuk mengejar segulung ijazah buat bekalan diri. Bersama teman-teman seperjuangan mengharungi suka-duka, mencipta kenangan pahit manis bersama. Empat tahun. Bukannya sekejap kalau dikira mengikut piawaian masa dunia. Tapi kalau aku bertanya pada diri sendiri, semua kenangan itu tak ubah seperti beberapa detik aje dari hidup aku. Terasa macam baru semalam aje aku mendaftar di sini. Malah kalau difikirkan, aku rasa macam tak percaya yang aku ni dah lebih suku abad menghuni dunia ni. Kenangan zaman kanak-kanak dan remaja terasa bagaikan baru berlalu.

Dalam hidup ini, kita akan melalui keperitan hidup masing-masing. Penantian, kesedihan, kesusahan, penyiksaan. Semuanya ujian yang telah direncanakan Tuhan. Saat keperitan itu dilalui, terasa lambat sungguh masa yang berlalu. Terasa hebat sungguh dugaan yang meruntun hati. Tapi bila semuanya itu telah dilepasi, ia tak ubah macam sedetik aje dari perjalanan hidup kita.

Macamana pulak rasanya bila kita tiba-tiba kehilangan orang yang hampir pada kita? Seolah-olah bagaikan baru semalam kita bersama-samanya, bergelak ketawa dan berjenaka, dan di kala kita menjangkakan kegembiraan itu akan bertahan untuk satu tempoh yang lama, tiba-tiba hari ini dia sudah tidak bersama-sama kita. Segala macam perasaan bercampur-baur; sedih, terkilan, tapi semua itu apakah nilainya?

Benarlah bicara hukama’, masa itu tak ternilai harganya kala kita sedang melaluinya. Masa yang lalu sudah tidak bererti. Kerana ia takkan dapat dikembalikan meskipun segunung emas menjadi galang ganti. Masa yang akan datang pun belum tentu ada harga. Kerana belum tentu kita akan berjumpanya. Andai ditakdirkan ajal kita mendahului masa yang kita nantikan itu lalu bagaimana?

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Terjemahan Surah Al-Asr 103:1-3

2 Comments

Filed under Uncategorized

Tribute To A Special Friend

Pagi semalam, aku kehilangan seorang sahabat yg cukup istimewa. Allahyarhamah Mastia binti Mohd Salim meninggal dunia selepas koma akibat kemalangan jalanraya lewat malam Rabu yang lalu. Beliau telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Mercedes sewaktu menaiki motosikal kira-kira jam 11 malam. Pemergiannya amat dirasai bukan sahaja oleh ahli keluarga malah sahabat-sahabat seperjuangan di sini.

Aku mula mengenalinya kerana kami menuntut dan aktif dalam aliran seni beladiri yang sama. Kecil molek tetapi tangkas dan sentiasa bersemangat tinggi. Sentiasa ceria dan tidak mudah berkecil hati. Suka mengusik dan suka berjenaka. Kehadirannya sentiasa mencuit hati dan menggembirakan rakan-rakan. Ketangkasannya menyebabkan beliau terpilih mewakili Melaka dalam Kejohanan Wajadiri Kebangsaan di Johor Bahru September lalu. Pemilihannya terbukti tepat kerana beliau berjaya memenangi pingat perak bagi Melaka dalam acara yang diwakilinya.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampungnya di Simunjan, Sarawak kira-kira jam 9 pagi tadi. Keceriaannya dan senyumannya akan sentiasa kekal dalam ingatanku hingga akhir hayat. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan org2 solehah. Al-Fatihah.

3 Comments

Filed under Uncategorized