Monthly Archives: March 2006

Kalau Sayang Kat Orang

Kalau sayang kat orang, kita kena cakap kat dia kita sayang dia.
Jangan assume yang dia paham.
Sebab kengkadang walau pun dia paham, dia still nak dengar jugak kita cakap.
Jangan tangguhkan terlalu lama untuk menyatakan,
Kerana jika demikian, mungkin akan tiba saatnya
Di mana segala-galanya sudah terlambat
Dan ucapan dan kata-kata kau
Sudah tidak bermakna lagi
Meskipun kau ulangi kata-kata itu seribu kali.

Advertisements

3 Comments

Filed under Uncategorized

Lamanya Tak Berblog

Aduhai, lama sudah aku tinggalkan dunia blog ini. Bukannya sengaja atau takde idea, tapi keadaan tak mengizinkan. Dan selama aku tidak berblog ini, selama itu jugalah aku tidak berpeluang menyinggah ke ruang blog teman-teman yang lain seperti dulu. Dan kalau nak diikutkan, banyak juga cerita dan isu yang aku nak tulis, tapi rasanya panjang sangat kalau nak dihurakan satu-persatu. Tengoklah aku boleh bercerita sepanjang mana.

Kerja aku setakat ini ok saja. Tak teruk sangat lagi sebab aku masih under training. Environment pun ok. Cuma ada sedikit terkilan kerana untuk level eksekutif, bangsa aku boleh dibilang dengan jari berbanding dengan bangsa yang putih sikit kulitnya itu. Nisbahnya ada lah lebih kurang 9:1. Kata orang pun bangsa itu di tempat aku ni pilih kasih. Entahlah, aku pun tidak tahu. Mungkin aku bernasib baik. Tapi terdetik juga rasa di hati, ingin melihat bangsa aku berdaulat di bumi sendiri, bukan sekadar jadi operator dan jadi kuli.

Pergaulan juga sedikit sebanyak dah berubah. Tapi setakat ini diorang ok. Banyak membantu dan tidak kedekut ilmu. Apa yang ditanya pasti akan dijawab setakat yang mampu. Tidak dibiarkan aku terkonteng-konteng keseorangan. Hidup di alam pekerjaan ni kena jadi resourceful, jika tak tahu kenalah pandai cari maklumat dan bertanyalah pada orang yang tau. Cuma yang susahnya bila AKU TIDAK TAHU APA YANG AKU TIDAK TAHU. Kerap jugalah aku mengikut mereka itu bila perlu. Cuma masa makan tengahari tidaklah aku mengikut akan mereka itu kerana tidaklah aku berselera sekiranya melihat mereka menyantap itik gantung atau makhluk najis mughallazah yang menjadi makanan ruji mereka.

Aku juga hidup dikelilingi amoi-amoi yang berbagai ragam. Dari segi pergaulan memang ok dan ramah tapi dari segi pakaian aku tepuk dahi. Dengan baju ketat dan nipis, sehingga nampak corak bunga pada coli. Berseluar longgar hingga nampak spender dan lurah bontot ketika duduk. Aduhai. Susahnya nak cakap. Nak salahkan diorang susah juga, sebab manalah diorang faham pasal definisi aurat ni.

Nantilah aku sambung lagi kalau ada peluang…

4 Comments

Filed under Uncategorized