Monthly Archives: December 2005

New Year….so what?

Ok, so tomorrow is a new year. Fine. But what’s the big fuss all about?

Of course we need a definitive time frame to adjust our work schedules, expectations, to set objectives, to plan, to compare our progress and all sorts of stuff.

However, I personally believe the excessive way of us celebrating it is a total waste of time. To pull myself into unnecessary traffic jam and then cramp myself between hundreds and hundreds of people just to see artists sing and wait until 12 o’clock to do the countdown and then watch fireworks is ridiculous.

I also find all this ‘azam baru’ is bullshit. “Saya berazam nak jadi lebih produktiflah”, “Saya berazam nak berhenti merokoklah”. Bullshit. Why do we have to wait until New Year to make those statements? And it won’t be any good either because most of the time those statements always fall short even before January ends.

What is there more to say?

HAPPY NEW YEAR everyone.

Advertisements

7 Comments

Filed under Uncategorized

Puisi Si Awek Gedik

Oh awek, kenapalah engkau gedik?
Mata menggoda mengerdip-ngerdip
Suara merengek, buat-buat manja
Tapi sebenarnya mengada-ngada
Aduh!!! Kenapa, kenapa?!…

Adakah kerana kau perasan cantik?
Muka kau biasa-biasa aje.
Kawan kau yang kt sebelah tu lagi lawa.
Tapi dia boleh rilex je…
Kalau dihiasi adab sopan bukankah lebih memikat?
Tergedik-gedik macam tu, sapa nak dekat?

Kau desperate sangat ke?
Sampai terpaksa menebar jala.
Mana yang sangkut kau nak sauk aje.
Kau ingat kami ni apa?
Ohh..aku tidak akan tersangkut atau menyangkutkan diri
Pada jala-jemalamu yang penuh kepura-puraan itu.

Kau nak pikat sapa sebenarnya?
Kau nak pikat kawanku yang hensem itu?
Atau kawanku yang sorang lagi itu?
Maka hantarlah mesej berbunga-bunga itu pada mereka sahaja.
Tak payah hantar pada aku juga.
Aku tak nak baca la ungkapan I Love You, I Miss You dari kau.
Aku tak suka.
Aku betul-betul tak suka.
Mungkin maksud kau baik, sekadar bergurau mesra
Tapi bagi aku
Perkataan-perkataan itu cukup mahal nilainya.
Aku simpan dan hadiahkan
Cuma buat yang selayaknya
Bila tiba masa dan ketikanya

Perangai kau tu kau hentikan lerr…
Kau tak menarik minat sesiapa
Kecuali mungkin jejaka-jejaka
Yang nak jadikan kau stok geli-geli je.

Kau ada sifat istimewa
Tapi hiasilah dengan keayuan
Dan kelakuan yang sopan
Barulah cerah sikit harapan
Bertemu pasangan baik dan beriman

13 Comments

Filed under Uncategorized

Pelamin Angannya Musnah

Apa nak buat bila cinta yg diharapkan berpanjangan hingga ke akhir hayat tak kesampaian? Persoalan klise. Stereotaip. Dah berpuluh tahun jadi modal untuk penerbitan novel, drama, telemovie, filem. Diolah dgn segenap kreativiti para penulis, produser dan sutradara membentuk bermacam jenis jalan cerita. Sebab modal yang satu ini jarang merugikan. Sentiasa berjaya menarik minat orang. Menyentuh perasaan. Lebih-lebih lagi kalau cerita itu secara kebetulan macam tersama la pulak dengan cerita hidup kita. Lagi-lagi la kita tangkap feel.

Sebab realitinya, kalau dah besar panjang, dah menjejak alam unibesiti dan pekerjaan, 99.99% mesti penah bercinta. Tak kisahla jadi peminat jarak jauh ke, cinta suci ke, cinta bertepuk sebelah tangan ke, cinta berpegangan tangan ke, cinta berpelukan sambil meraba-raba dan berciuman molot ke.

Dan majoriti yg penah bercinta, mesti penah frust. Jarang la aku dengar orang yg first love dia sampai ke jinjang pelamin. Di kalangan member-member sekeliling aku, rasanya takde. Mesti penah merasa zaman derita dan sengsara itu. Couple paling hebat yang aku kenal pun, couple dari darjah 4 sampai abis uni. Tu pun on and off. Entah brape kali kapel, clash n rujuk balik.

Nana bercerita tentang tiga orang kawannya yang menghadapi masalah pelamin-angan-yang-musnah sebelum sempat dibina. Yelah, nama pun pelamin angan ye tak, mana sempat nak bina lagi? Lalu timbullah persoalan, adakah mereka akan menjadi wanita berkarier tunggal (boleh pakai ke istilah aku ni?) hingga ke tua memandangkan faktor saham yg kian tercicir dari papan utama indeks pasaran kerana umur yg semakin meningkat?

Mungkin.

Tapi tak semestinya.

Beberapa point Nana buat. Nana ada kata pasal lelaki ada ego yg perlu dijaga rapi. Aku tak nafikan pasal ego tu, tapi lelaki pun tau frust tau! Cuma mungkin lelaki ni tak tunjuk sangat. Because otherwise, men will be perceived as weak and incapable of handling problems in their life. Aku pun pernah melalui zaman frust itu. Zaman teringat, teringat dan teringaaat je twenty-four seven. Bezanya mungkin aktiviti menangis tu takde lah mengiringi urusan harian.

Dan sudah memang lumrah, saham lelaki memang agak tinggi apabila berumur 25 tahun ke atas. Peluang lebih terbuka sebab secara amnya di kala itu, lelaki telah mencapai status yang agak stabil dari segi karier dan dianggap mampu menanggung anak bini, di samping faktor julat pilihan yg semakin luas dan juga kerana kitorang ni takde ‘expiry date’ (mueheheh). Perempuan selalunya lebih sukar kerana setelah umur mencecah suku abad, lelaki yang sebaya atau lebih tua biasanya available but not single. Pilihan terhad. Dahlah tu, nak menunggu orang tackle pun satu hal lagi.

Tapi kita jangan sempitkan pemikiran. Berapa ramai orang yang berkahwin, tapi akhirnya tak sehaluan. Setahun dua berkahwin dah bercerai. I overheard from WHI, statistik perceraian Melayu is somewhere between 10-15% from total marriages in Malaysia. Ada yang tempoh bercouple lebih lama dari tempoh berkahwin. Ada yang ditinggal gantung tak bertali. Ada yang tinggalkan anak isteri sebab nak lari dari ceti. Ada yang dimadukan tanpa pengetahuan. Ada yang ‘jual’ isteri sendiri. Perkahwinan bukan penjamin kebahagiaan.

Bukanlah aku ni orang yang menidakkan fitrah, sebab sapa yang tak nak kahwin dan menimang anak kan? All I’m saying is that, berusahalah mencari jodoh tapi kalau tak dapat, then it’s best to take it in our stride and be content with what Allah has in store for us. “Sometimes Allah doesn’t give what we WANT, but He gives us what we NEED.” I got this quote from my e-mail. Think about it.

8 Comments

Filed under Uncategorized

Bila Kena Bermalam Atas Kubur Cina

Ya. Ini bukan cerita rekaan. Bukan dongengan. Ini cerita betul. Wa talak tipu punya. Semuanya gara-gara kursus BTN yang aku terpaksa hadiri dari hari Sabtu hingga Selasa minggu lepas. Aku rasa lepas ni aku boleh apply jadi pengacara sambilan rancangan Misteri Nusantara. Ataupun buat VCD Entiti 2: Menjadi Penunggu Kubur.

Berani? Ohhh tidak!!! Kalau disuruh buat benda tu secara sukarela, mampus aku takkan pegi. Siang-siang lalu sebelah kubur pun dah rasa cuak, apatah lagi tido di atas kubur cina di tengah malam! Tatkala aku menaip ni pun, bulu roma aku meremang mengenangkan pengalaman aku nan satu itu.

Alkisahnya bermula kerana aku wajib menghadiri kursus BTN di Kem Wawasan Merlimau, Melaka. Memang kem itu betul2 bersebelahan dengan jirat cina. Aktiviti kawad pun memang dah sebelah jirat itu. Pada sesiapa yg tak familiar, BTN stands for Biro Tatanegara dan kursusnya adalah antara lain bermatlamat membentuk jatidiri peserta, menghidupkan aspirasi kerajaan dan menyedarkan peranan peserta dalam membantu kerajaan memenuhi aspirasi tersebut. Antara pengisiannya adalah ceramah, LDK, kawad, aktiviti fizikal dan kembara malam a.k.a aktiviti burung hantu. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut berkenaan Biro Tatanegara, korang bleh klik kat sini.

Dan oleh kerana aktiviti burung hantu kubur tulah, aku terjebak dalam perlakuan menyeramkan itu. Kitorang seramai 121 orang dipecahkan kepada 13 kumpulan, 10 lelaki dan 3 perempuan. Setiap 1 kumpulan ada sekitar 9@10 orang ahli. Setiap kumpulan tu pulak akan dilepaskan seorang demi seorang dgn jarak kira-kira 15-20 meter setiap seorang. Aku kumpulan pertama dilepaskan.

Program kembara malam tu memerlukan kami merentasi kawasan kampung, hutan, merentas anak sungai dan paya, meredah semak-samun dan ladang koko untuk melalui checkpoint2 yg telah ditetapkan. Dan akhir sekali sudah tentulah jirat cina itu. Laluan perjalanan ditandai oleh blinker, sejenis alat yang macam lampu brek kereta, berwarna merah dan berkelip-kelip, dipasang secara strategik sepanjang perjalanan, kat batang pokoklah, tiang letriklah dan sebagainya. So, apa yg kitorang kena buat ialah bergerak dari satu blinker ke satu blinker. Sampai ke satu blinker, melilau la mencari lokasi blinker seterusnya. Yang cuak tu bukannya apa, aku risau benda yang berkelip tu aku sangkakan blinker tapi rupanya mata benda lain yang blink blink kat aku! Eeeeeeeeeiiiii!!!!! Mana aku nak lari kalau camtu?!

Lalu kawasan semak-samun tu pun satu hal. Dahlah fasi bgtau, dekat situ ada ular tedung selar tunggal! Walaupun itu mungkin ayat untuk menakut-nakutkan aku aje, tapi memang dia berjaya buat aku takut pun! Kalau dia gtau menatang lain mungkin aku leh handle lagik, tapi ular?! Ular tedung lak tu! Sambil mulut dok terkumat-kamit tu, dalam hati aku berdoa janganlah aku terpijak ular, janganlah aku terpijak ular. Lalu kawasan hutan tu pun satu hal, sebab ranting-ranting pokoknya turun separas mata. Dibuatnya salah satu ranting tu bukan ranting, tak ke horror.

Tapi alhamdulillah, aku selamat sampai ke checkpoint terakhir walaupun ada tersesat sekali. Sampai kat pintu masuk kubur tu, kami dikumpulkan semula mengikut kumpulan. Cukup ahli kumpulan, ketua kumpulan diberikan lilin dan dia disuruh membawa kami masuk ke tanah perkuburan dan pilih satu kubur seorang. Tak boleh share. Dan tak boleh duduk dekat2. Kenalah duduk kat kubur tu. Pada mulanya aku tak berani duduk dekat kawasan depan kubur yang ada batu nisan dan berbentuk macam kerusi tu, maka aku pun bertenggeklah kat tepi simen yang mengelilingi kubur tu.

Gambar Hiasan

Grup pertama masuk dalam kawasan perkuburan tu sekitar jam 2 pagi. Ingatkan kitorang kena lepak kat situ sekejap je. Sekali rupa-rupanya sampai la kumpulan ke 13 dan hingga nak masuk waktu Subuh kitorang melepak kat situ. Bayangkanlah, dekat 3 jam lebih. Ditambah lagi dengan badan yang basah separas pinggang dan berbau busuk kerana meredah sungai dan paya. Dilawat pula oleh komuniti nyamuk yg merupakan serangga majoriti di kawasan itu. Aku dapat bayangkan puak-puak diorang berpesta dan mengadakan kenduri kesyukuran kerana seronok dapat darah segar UHT low fat. Itu kalau darah akulah. Darah segar berkolesterol tinggi pun ada juga… kehkehkeh. Rasanya owwhh teramatlah tidak selesa. Memula nak menghilangkan rasa takut dan tak selesa itu, aku pun borak la dgn member yg duduk kat kubur berdekatan. Tapi bila dah pukul 4 tu, bila sume org dah sampai dan dah ada kubur masing-masing, fasilitator buat round. Aku disuruh duduk bersandar dan tido kat batu nisan dia tu. Ndak tak ndak, aku pegi jugak la. Dan kitorang tak dibenarkan bercakap.

Di dalam keheningan suasana awal pagi tu, duduk sensorang kat kubur cina pulak tu, adalah satu kelainan. Anehnya ketika itu, aku takdelah mengalami perasaan takut yang melampau. Rasa takut seadanyalah. Sempat aku menikmati keindahan malam, dengan kerdipan bintang-bintang yang penuh menghiasi kegelapan dada langit. Merasai kelembutan angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menjamah tubuh. Aku pandang sekeliling kubur yang aku duduki tu. Agak mewah juga kuburnya. Agaknya mendiang keturunan orang kaya2. Siap ada ukiran pahlawan maharaja Cina kat tepi kubur dia. Aku kerling pada batu nesan dia, ada gambar. Dalam samar2 tu, aku nmpk cam gambar sorang perempuan muda. Lepas tu aku tak berani pandang dah. Dibuatnya aku pandang kali kedua tetiba gambar tu senyum kat aku, mau pengsan aku dibuatnya! Tapi aku respek sungguh 2-3 orang member aku yg dengan selamba badaknya boleh tidur kat kubur diorang. Baring sambil bukak baju. Siap berdengkur cukup! Taktaulah diorang ni hati jenis apa. Atau pun memang diorang dah penat sgt sampai tak boleh nak pikir apa dah. Aku penat, penat juga, tapi tido-tido ayam je yang aku mampu.

Akhirnya, kira-kira jam 5.15 pagi, kitorang dipanggil pulang ke kem. Suasana ketika tu memang dahsyat. Macam geng-geng hantu pakat-pakat bangun dari kubur nak gi solat subuh. Dibuatnya ada orang menurun atau datang nak mintak nombor ekor time tu, mesti kena heart attack punyalah. Kalau dia datang kubur aku, mesti aku siap tazkirahkan lagi. Bagi insaf sikit. Sesampainya di kem, kitorang berkumpul dan dikira, lepas tu kitorang breakfast, solat Subuh dan seterusnya dibenarkan tidur hingga ke jam 9.

Yang menariknya, malam tu sebenarnya tak berakhir begitu sahaja. Rupa-rupanya ada ‘benda’ yang mengikut kitorang balik. Bebudak perempuan kitorang semuanya ada 28 orang. Tapi fasilitator yang bertugas mengira jumlah peserta dekat pintu masuk kubur tu kira ada 38! Lepas tu masa dah masuk ke kem dan berkumpul tu masih ada lebih sorang, 29! Amik nkau!

Selepas aku bertanya-tanya drp kengkawan, barulah aku dapat tau dari sorang kawan perempuan antara sebabnya ialah dari 28 orang itu, 17 orang tengah period. Fasi dan jurulatih dah susun kedudukan bbdk perempuan agar berselang-seli antara yang tak period dengan yang period dan ada doa pendinding dibacakan. Tapi nak dijadikan cerita, salah seorang budak yang tak period pada awalnya, period bila kembara tu bermula! Jadi, pada satu masa ada 3 gadis sederet yg period. Lepas tu pulak, dalam kegelapan hutan sewaktu kembara tu, bila bdk2 perempuan ni rasa takut, diorang pun melaunglah memanggil orang yang di depan diorang. Bila orang di depan tu tak dengar dan menyahut, benda lainlah yang tolong sahutkan dan datang.

Ada juga bagusnya benda ni. Sekurang-kurangnya melatih keberanian dan mencetuskan sifat kehambaan dan mengharap kepada Allah Taala. Dan sikit sebanyak mengingatkan aku kepada mati. Fasi2 aku kagum sebab diorang expect mesti ada yg akan menjerit. Tapi takde sorang pun, samada perempuan dan apatah lagi lelaki, yg bersuara sikit pun sampai ke pagi. Ada rakan yg bertanya kepada fasi, kenapa tak buat kat kubur orang Melayu? Fasi tu jawab, kubur Melayu tak boleh. Mandremnya lagi kuat. Dia kata kalau kubur Melayu, kita duduk je dah boleh dengar macam-macam. Kena pulak kubur yang tanahnya masih merah. Hebat juga orang Melayu ni ye! Dah mati pun orang takut lagi. Tapi mana taknya, sapa yg ada ‘membela’ tu, bila dah mati memang mengacau le. Begitulah secebis dari pengalaman aku.

Ada sesiapa yang ingin mencuba? Usah biarkan hidup anda diselubungi MISTERIIIIII……

9 Comments

Filed under Uncategorized