Monthly Archives: September 2005

Brief Breather From Hiatus

Aku tau aku kata tak nak berblogging sampai pertengahan Oktober. Tapi sekarang pukul 4 pagi dan aku tak boleh lelapkan mata. So what the hell… Ironiknya, banyak pulak benda yg menarik utk diceritakan berlaku semenjak aku berazam menghiatuskan diri ni. Tapi kalau aku nak melagukan semuanya di sini, tak tido la aku pagi ni.

Academically, aku masih dalam proses menyiapkan demo set untuk presentation PSM aku which is tentatively due by October 12th. Alhamdulillah, I’ve got a sporting giler punye supervisor plus two supportive colleagues embarking on the project. And also an MMU lecturer who’s been a great help with my C programming. They’ve been a tremendous help. Tanpa diorang, pastinya aku akan terkontang-kanting dalam ke’ntah-apa-apa’an dunia PSM ni. Other than that, I’ve got two tests, one ethics presentation, a site visit report and a business plan to submit next week. Tu blum kira upcoming assignments lg. Sabar Im, sabar. Sebulan jer lagi nk tunggang terbalik berguling-guling. Lepas tu boleh meronggeng.

I’m also engaging in a few extra-curricular activities which I hope will settle by this weekend.

Dalam menghadapi ketensionan yg kadangkala memuncak, it’s good to have understanding friends around. But sometimes, when I just need to be alone, aku akan ke tasik berhampiran rumah sewa aku ni dan duduk menikmati keindahan alam. Ada semacam satu ketenangan yang sukar diungkapkan kalau aku ke situ. Melihat riak air tasik, anak-anak ikan bermain di permukaan, pohon yang terbuai lembut dipuput bayu, angin sepoi-sepoi bahasa menjamah dan mengeringkan peluh di tubuh, kanak-kanak bermain buaian dan jongkang-jongket. Aku suka tengok keletah budak-budak kecik tu. Diorang mengingatkan aku yang hidup ini hanya indah bila dinikmati. Dan untuk menikmati, terkadang kita perlu meletak dan meninggalkan masalah kita ke tepi. Sebab masalah selalunya mengaburi mata dan mengelabui hati dari menghargai.

Ok, I’m going back to my hiatus. Friends of the blogging world, take care and please pray that everything will go well for me. I’ll be around from time to time visiting ur blogs when I can.

Ala-ala Sepet, minus the significant other

Advertisements

11 Comments

Filed under Uncategorized

On Hiatus

Yesterday was a day full of hands-on lessons.

I learnt that it takes a lot of guts to be a man.
…………. that I become stronger inside when I faced my fear and did what I had to do. And the saticsfaction is PRICELESS.
…………. that between love and sacrifice, neither goes about without the prescence of the other.
…………. that some people are going to hate me no matter what, so if I think I m doing what’s right, just do it. It’s ok if I’m HATED FOR THE RIGHT REASONS.
…………. what I THINK is difficult, WILL BE difficult.
…………. some things are not as tough as it looks.
…………. that sometimes your biggest foe is the only friend you have.
…………. that I need to appreciate the ones who love me and whom I love as best as I could.

To my fellow blogger frens, esp Nana, I regret to announce that I will be retracting myself from blogging until mid-October. This is due to my work-load, both academical and non, which are cramming my schedule and needs my urgent and serious attention. Time management is thus critical and I’ve decided to attend and concentrate fully on those pressing matters. I find myself spending countless hours blogging and blog-hopping frequently for the past few months, which was a lot of fun and an enjoyable experience, but too time consuming and deviates my mind from the more important tasks I have at hand. So to Nana, I owe u my meme when I come back. Claim it if I forget. I hope the topic won’t be too obsolete by then. May Allah bless us all.

5 Comments

Filed under Uncategorized

Aku Dan Buku

Aku bukan nerd. Bukan juga ulat buku. Aku tak habiskan seharian masa aku mengadap buku atau menelaah pelajaran. Eh, apa plak tipu?! Betul! Aku tak tipu! Tanya rumet aku. Tanya hausmet aku. Cuma taim kena study, aku study la. Itu aje. Tapi aku suka lepak kat kedai buku. Kalau aku keluar berjalan-jalan dengan hausmet, aku kurang gemar aktiviti ‘membeli-belah tingkap’ ni. Aku suka direct to the point, kalau nak beli barang, straight pegi tempat/kedainya, compare skit2, kalau berkenan trus beli. Kalau nak membelek-belek baju, kasut dan sebagainya tanpa niat membeli aku cepat bosan. Apatah lagi kalau ditambah dengan suasana hiruk-pikuk tatkala orang tengah ramai, memang mudah merimaskan aku. Tapi kalau kau campak aku kat kedai buku, aku boleh spend 2-3 jam membelek buku je.

Kenapa ye? Entahlah, bagi aku dunia buku ni unik dan menarik. Penuh dengan bermacam cerita, ditulis dengan berbagai bentuk pengolahan dan disusun pula dengan lenggok bahasa yang berbeza-beza, mengikut irama jiwa penulisnya. Kadang2 satu cerita yang sama, bila diolah penulisannya, boleh memberi perspektif dan pemahaman dari sudut berbeza pula. Cuma makalah hiburan aku kurang minat, walaupun sekali-sekala aku baca juga. Sekadar nak keep up to date, takdelah melangut kalau orang bercerita tentang artis baru atau lagu yang best-best. Tapi kalau sampai nak tau artis ni suka makan apa, masa skolah dulu bcinta dgn sapa, bulan lepas dia tido mimpi apa, masa kecik2 dulu penah berjahit sebab jatuh masa main polis sentri… I mean c’mon man! Surely there’s more to life than that. Hidup kita masing-masing sudah cukup indah dan berwarna-warni untuk kita hargai daripada terlampau mengambil kira tentang sejarah hidup orang lain.

Guruku pernah berpesan satu ketika dulu,

“Andai kamu lewat berjalan-jalan di kedai buku dan tiba-tiba hatimu tertarik kepada sebuah buku, beli sahaja. Mungkin kamu tak baca pun pada mulanya, tapi mungkin juga satu hari nanti akan tergerak hati kamu membacanya dan kamu akan menjumpai sesuatu yang memang kamu perlu tahu yang rupa-rupanya ada dalam buku itu.”

Aku jengah koleksi buku yang aku dah beli, this is among the few worth mentioning:

1. Sirah Nabawiyah, insan teladan sepanjang zaman – Tuan Gu*ru Nik Az*iz
2. Falsafah Hidup – Prof Dr. Hamka
3. Ikut Hati Anda (Follow Your Heart) – Andrew Matthews, diterjemahkan oleh Adibah Amin
4. Wang, Panduan CAP mengenai cara mengurusnya dan lain-lain – CAP
5. Ombak Rindu – Fauziah Ansari
6. Lord of The Rings Trilogy Book – J.R.R. Tolkien

Buku 1 cukup unik kerana ia mengungkap sejarah baginda Rasulullah S.A.W dalam suatu bentuk agar kita mudah memahami hikmah dan tujuan di sebalik berlakunya sesuatu perkara dan bukan menghafal faktanya semata-mata. Buku 2 & 3 menghurai tentang cara kita menilai, mengharungi dan menghargai hidup serta mencari erti kebahagiaan hidup yang sejati. Thanks Nana sebab memperkenalkan aku pada Buku 2. Memang menyentuh jiwa bila membacanya. Buku 4 ialah tentang…err apalagi pengurusan duitlah. Buku 5 sengaja aku beli. Ada kawan perempuan yg bagitau aku novel ni best sgt, jadi teringin juga aku nak menyelami isihati perempuan ni. Ternyata penulisannya tak mengecewakan dan sangat menarik. Buku 6 pula buku yg dh aku beli selepas keluar movie Part One lagi. Novel fiksyen yg membuai khayalan, tak hairanlah ia menduduki carta teratas dalam Top 100 Books of the 20th Century.

Apa pula buku kegemaran anda?

12 Comments

Filed under Uncategorized

When Heroes Rise

WE DID IT!!!
We’re back in the Malaysia Book of Records!!!
1. Largest Participants in a Silat Performance
2. Largest All Women Participants in a Silat Performance

U can click here for the full story. Thrilled to be part of it, walaupun aku cuma seorang askar biasa dalam lautan pahlawan.

Dan buat adik-adikku team wajadiri K.U., tahniah atas kejayaan anda!

7 Comments

Filed under Uncategorized