Monthly Archives: August 2005

Hari Merdeka Ye?

Kalau orang suruh aku bagi definisi, aku akan kata, hari merdeka adalah hari cuti. Jam 12 tengah malam 31 Ogos tu kite tengok persembahan bunga api warna-warni. Sementara nak tunggu tu, kita dengar orang nyanyi-nyanyi, tengok orang nari-nari. Sebelum tu pulak, bulan Ogos kita gantung bendera Malaysia dan bendera negeri kat sana-sini. Atas kereta, depan rumah, mana-mana jelah. Tu pun kalau bendera free, susah sikit kalau nak suruh beli sendiri. Pagi merdeka tengok orang buat perbarisan kat tv, sume berkawad depan raja dan kabinet menteri. Pastu tengok temuramah dengan orang tua-tua pasal susahnya hidup sebelum merdeka, hari-hari makan ubi. Bukan macam orang sekarang, hari-hari makan McD. Tu jelah.

Dah merdeka betul ke aku ni?

Advertisements

7 Comments

Filed under Uncategorized

Forwarded 2 Me

Sekadar nak kongsi dua kiriman e-mel yg aku terima.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan…
Si dia kepunyaanmu…
Atau kau kepunyaan si dia …
Kerana hakikatnya…
Kita tidak pernah memiliki sesiapa…
Walau sekeping hati seorang insan…
Tidakkah kau sedar…
Hukum alam menyatakan…
Menyintai tidak semestinya memiliki?…

Manusia pandai berpura…
Berlakon di pentas dunia…
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati…
Tidak pernah berdusta pada empunya…
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…
Tidakkah kau sedar…
Mungkin si dia melafazkan…
Ungkapan cinta padamu…
Tetapi hati dan perasaannya…
Tidak pernah berniat begitu…
Dia hanya berselindung…
Di sebalik sejuta alasan…

Dan kau…
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya…
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…”
“Dan kau jua tidak memiliki diriku.”

Mengertilah…
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa…
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita…
Kecuali Dia…
Dia mengasihi hambaNya…
Dia memiliki hambaNya…
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali……

~~~~~~~~~~~~~~~~~

LELAKI EGO KALAH AKHIRNYA

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luarbiasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasangmata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya…

“Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”. Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …

“Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata, “Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …”

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya… bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis …

P/S: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki… wallahualam

“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH.””

5 Comments

Filed under Uncategorized

Tentang Menghargai Cinta II

Lanjutan dari cerita ini

“Dia call kau Im?” Inkuirinya bersulam nada serius.
“Yup, a bit surprising ain’t it?”
“Err…actually, not really. Dia tau.”
“Tau?! Pasal?”
“Ko dgn aku. Dia tau aku rapat dgn kau lepas dia tinggalkan aku dulu tu. Dia jeles tau Im!”

Aku ketawa kecil. Serentak itu, terbit senyuman manis darinya, menyerlahkan seri wajahnya yang putih bersih itu dan menampakkan lekuk halus di bawah hujung bibirnya. Lesung pipit ke ni, aku berfikir sendirian. Aku rasa ada nama lain. Lesung pipit yang kat pipi tu. Yang kat bawah ni apa namanya ek?

“Agaknya dia fikir lain la tu. Maybe dia ingat aku couple dengan ko kot,” aku meneruskan bicara.
“Hehe… I think so. Lantak dia la. Masa dia pegi kat pempuan tu, dia tak fikir pun hati aku ni terhiris ke koyak ke hancur ke. Dia tak kisah pun aku ni sihat ke sakit ke hidup ke mati ke….”

Memang aku tau dia terkilan. Biarkan. Setiap orang punyai rencah masing-masing yang mewarnai kehidupan. Ini rencah dia.

Perbualan terhenti seketika bila pelayan restoran datang membawa makanan yang kami pesan. Ok juga servis kat sini. Cepat.

“Chicken chop satu, fish and chips satu. Selamat menjamu selera buat encik dan isteri.” Ewah!!! Penuh konfiden dia menuturkan kata. Selamba rock jer minah ni. Tergamam sejenak aku dan dia. “Isteri? Heheh…nampak cam suami isteri ke kitorang ni? Ooo…mungkin sebab dia nampak kitorang dtg dgn kereta yang agak berjenama kot. Kereta dia, bukan kereta aku. Aku tukang bawak aje. Setakat aku ni motor kapcai je la yg mampu pun. Atau mungkin ini petanda aku ni dah tua? Muahahaha… Aku tergelak lagi, tapi dalam hati aje la. Kami saling berpandangan.

“Terima kasih” kami membalas serentak sambil tersengih. Biarkan aje. Nak explain pun tak guna. Sambil menikmati hidangan lalu kami lanjutkan bicara tentang perkembangan hidup masing-masing. Biasalah sahabat lama, sekepala pulak tu, tak susah nak mencari modal berbual. Keakraban kami semenjak dulu lagi sering menyebabkan timbul curiga dan spekulasi di kalangan teman-teman, bahkan ada yang menyimpan anggapan yang bukan-bukan. Kitorang buat bodoh je. Alah, mulut orang bukannya kita boleh tutup. Makin difikirkan cakap orang, makin pening kepala nanti. Yang penting bakal suaminya tahu kitorang berjumpa. Dia bercerita tentang kerjayanya, tentang seorang staf lelaki yang asyik menghantar SMS berbaur kejiwangan padanya setiap hari. Aku bercerita tentang kolejku, tentang akreditasi, tentang staff library, tentang hajatku menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di luar negeri.

“Im, ada satu perkara yang aku belum bagitau kau” ujarnya perlahan sambil mencicip french friesnya.
“Hah, apa dia?”
“Pasal apa?”
“Future husband aku”
“Hah, naper?”
“Actually kan…” lambat-lambat dia menuturkan kata-kata. Kalau dia buat macam ni, aku tau mesti dia nak cakap benda yang aku tak suka.
“Actually………………………..
…………………………………
…………………………………
…………………………………
Aku bukan bakal isterinya yang pertama”

“Hah?” Tercengang aku. Spontan tangan yang sedang menyuap chips ke mulut terhenti. “Maksud kau, kau ni akan bermadulah?”
“Bukan, dia dah bercerai dengan isterinya yang pertama.”
“Reason?”
“Tak ada kesesuaian”
“Ada anak?”
“Sorang. Nak masuk 2 tahun.”
“Kenapa sekarang baru kau nak cakap pada aku?”
“Sebab aku takut kau marah Im” perlahan sahaja suaranya.
“Habis tu, kau ingat kau cakap sekarang aku tak marah?”

Dia diam sahaja. Pandangannya terpaku pada pinggannya. Seolah-olah indah sangat ukiran pada pinggan tu sampai dia tak mampu mengalihkan pandangan. Patutlah dia tak nak bercerita pada aku di telefon. Tapi melihatkan mukanya yang sayu tu aku tak jadi nak marah.

“Aku bukannya apa,” aku menyambung bicara “Aku risau, takut kau dipermainkan lagi.”
“Entahlah Im, tapi aku rasa dia jujur. Dia sayangkan aku, dia ambil berat pasal aku, dia pandai ambil hati aku…”
“Memanglah, sebab dia tak dapat kau lagi. Lagipun dia dah ada pengalaman.” aku membantah.

Diam seketika.

“Kau yakin dia dah betul-betul bercerai? Entah-entah dia tipu.”
“Kalau dia tipu aku pasrah je Im”
“Mana boleh main pasrah-pasrah cam gitu je. Carilah bukti. This is your life! Your future!” nadaku sedikit keras.

Diam lagi.

“Kalau betul pun, kenapa kau pilih dia? Kan ramai lelaki lain lagi?” Bukan seorang dua lelaki yang cuba mencuri hatinya.
“Sebab dia memahami aku. Dan kami senasib. Sama-sama membina hidup semula daripada kegagalan masa lalu. Cuma bezanya kegagalan aku berlaku sebelum ikatan perkahwinan dan kegagalan dia selepas. Itu sahaja.”

Lama aku diam. Memikirkan entah apa pun aku tak tau. Sehingga habis makan dan sehingga perjalanan pulang. Akhirnya sebelum turun dari kereta aku bersuara kembali “Terpulanglah, buatlah apa yang terbaik utk kau. Cuma aku pesan siasatlah dulu latarbelakangnya sedikit. Ada masa lagi. Dia mesti tulus dan jujur. Kalau tak dia tak layak memiliki kau. Kau fikirkanlah cakap aku ni baik-baik.”

Perlahan aku keluar dan menutup pintu kereta. Aku berdiri sambil melihat keretanya menderu sehingga hilang dari pandangan.

~~~~~~~~~~~~~~~

Hidup ini memang penuh dengan soalan yang tiada jawapan……

7 Comments

Filed under Uncategorized

Lelaki Tak Setia?

2 entries in a day. Wow! I didn’t plan to but somehow I couldn’t resist this one.

A recent study conducted by UPM, whereby 13,000 Malaysians were polled.

  • Out of 7589 married Muslim men who were polled, only 5% have two wives and 4.3% have three.
  • 4% of Chinese men have two wives and 1.3% have three.
  • 3% of Indian men have two wives and nearly 2% have three.
  • 1475 married Bumiputra men were polled from East Malaysia. 15% in Sarawak have two wives. Nearly 2% have three. While in Sabah, almost 95% are one wife men.

This means in statistical terms, 9 out of 10 Muslim men are of the loyal type. So, how come women say men are not loyal? But girls, watch out when a Sarawakian courts u! Hahaha…

U can check out the news for real here

What do u have to say?

17 Comments

Filed under Uncategorized

Jurutera Sbg Sebuah Profesion

Yang mana satukah kerjaya ideal idaman anda?

PERKARA PELAJAR KEJURUTERAAN KUTKM PELAJAR AF3
Syarat Kemasukan Minimum matrikulasi, politeknik atau STPM dengan keputusan yang cemerlang. Sekolah sampai darjah 6 je pun takpe. Yang penting mempunyai personaliti menarik. Yang lelaki preferably good-looking, yang perempuan preferably lawa. Tapi kalau tak berapa hensem atau lawa pun takpe if u have the voice to kill for and u know how to make the crowd love u.
Tempoh Pengajian 4 tahun MINIMUM 10 minggu MAKSIMUM
Matapelajaran Macam-macam jenis kursus, matematik kejuruteraan, kaedah berangka, statistik, power electronics, control, instrumentation, power system analysis, high voltage engineering, keusahawanan dll. Matapelajaran? Takde. Dia bagi lagu utk minggu ni, ko touch up la dlm kelas vokal, tarian dan persembahan
Syarat Grad Mesti mengambil dan lulus minimum 120 kredit yg telah ditetapkan dengan purata 17-18 kredit setiap sem

MUET minimum BAND 3

Pada tahun akhir wajib perlu menyiapkan projek sarjana muda yang memakan masa 2 semester atau 1 tahun

Hanya perlu menghadiri kelas vokal, tarian dan persembahan yang dijadualkan beberapa kali seminggu

BI kau melingkup tunggang langgang pun takpe janji persembahan ko grand

Pandai beraksi di depan kamera dan pandai berlakon seolah-olah macam kamera tu takde kat situ.

Sistem Penggredan CGPA AFUNDI
Biasiswa/Pinjaman PTPTN, JPA atan KPM yang memberikan RM6000-RM7000 setahun

Perlu dibayar balik selepas bekerja nanti

Pinjaman boleh diconvert kepada biasiswa sekiranya beberapa syarat dipenuhi

Elaun tetap RM1500 sebulan (kadarnya mengikut tempoh anda berada di akademi)

Elaun pakaian RM2000

Elaun make-up dan aksesori RM500

Tajaan pelbagai jenis barangan sepanjang tempoh pengajian.

*Semua di atas adl elaun tau, bkn pinjaman.

Kemudahan Yg Disediakan Asrama disediakan dengan kadar bayaran RM500/semester

Makan tanggung sendiri

Transport sendiri ataupun bas kolej ke fakulti

Asrama percuma berupa banglo mewah 2 tingkat lengkap dengan perabot dan perhiasan

Makanan ditanggung 100%

Pengangkutan eksklusif dari banglo ke kelas dan tapak konsert.

Nak Jadi Pelajar Cemerlang… Mesti score dalam setiap peperiksaan, ujian dan assignment yang diberikan Tak kisah, lupa lirik pun takpe, menari cam kayu pun takpe. Janji anda pandai bermain dengan emosi penonton untuk menarik diorg mengundi anda
Kelebihan Utk Pelajar Terbaik Dapat anugerah dan pengiktirafan sewaktu majlis konvokesyen

Hadiah berupa wang tunai RM1000, sijil dan trofi.

Dapat anugerah dan pengiktirafan sewaktu majlis konvokesyen

Hadiah berupa:
-Wang tunai RM20,000
-Pangsapuri mewah bernilai RM175,900
-Kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch
-Pakej percutian ke London dan Paris
-Sistem teater rumah
-Lain-lain barangan berjumlah kira-kira RM40,000

Peluang Pekerjaan Slps Grad Tidak menentu. Tengok nasib. Buat masa ini ada kira-kira 60,000 graduan menganggur di negara ini Secara automatik ditawarkan kontrak dengan Maestro Entertainment selama 3 tahun
Gaji Permulaan RM1800-RM2500 sebulan RM6000++ utk 1/2 jam

Patut la ramai beno budak malas nak blaja skrg ni. Sume nk jadi artis je. Just for thots… 🙂

13 Comments

Filed under Uncategorized

1st Konvo

Berakhir sudah pesta konvo pertama KUTKM. Overall I think it was ok, though personally I think there’s a lot of things left to be desired. Since yg 1st ni dihandle oleh staf K.U. instead of the students, I’d expect something more…..professional. Sebelum nak komen, aku nak puji dulu. Aku rasa pengisian program yg diatur spt. sukaneka, bolasepak 7-sebelah, bola jaring, extreme race, explorace dan sebagainya mmg menarik dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Tapi pengurusan dari segi perjalanan majlis agak kelam-kabut. Kesilapan paling ketara bagi aku adalah takde raptai majlis perasmian. Raptai tu sebenarnya dah dikira wajib dalam mana-mana majlis formal, apatah lagi majlis grand sebegini. Raptai dibuat supaya semua AJK dan mereka yang terlibat dapat gambaran ttg perjalanan majlis yg sebenar, VIP dok kat mana, apa dia kne buat, kelengkapan teknikal yg diperlukan, apa kesulitan yang mungkin timbul dan apa back-up plan utk mengatasinya. Bila tak buat raptai, AJK sumer jadi blank. Asal org tanya je, diorg kata, “Itu kena tanya En. ******. Saya tak tau.” Yg En. ****** tu plak bila kena tanya, “Entah, itu nanti dulu.” Nasib baiklah yang rasmikan tu rektor, bukan isteri TYT. Kalau aR-Ti-eM buat lintas langsung masuk Slmt Pagi Mesia lagi naya.

Mat Bung In Action
Dengarkanlaahhhh…panggilankuuuu…

Bebudak klas aku pn tidak ketinggalan memeriahkan pesta ni sambil menghiburkan diri sendiri. Mat Bung mencuba nasib dan mempertaruhkan bakatnya melalui pertandingan KUTKM Idol, membawakan lagu Suatu Masa. Dengan pembawaan penuh bersahaja, beliau telah berjaya menduduki tempat ke-6 dlm peringkat saringan. Yang sayangnya, mereka cuma memilih 5 orang untuk bertanding di peringkat akhir. Takpelah Bung, takde rezeki kali ni.

The Powerpuffs
Sweet Friends of Mine

Bdk2 perempuan bergabung tenaga membentuk pasukan The Powerpuff Girls yang bertanding dlm kejohanan bola jaring. Selepas mencatat keputusan cemerlang menyayur-kailan-ikan-masinkan pasukan lawan dalam saingan peringkat kumpulan, harapan utk aku merasa makan barbeku percuma hancur berkecai selepas mereka tewas tipis 6-5 pada perlawanan suku akhir. Namun, semangat juang itu sebenarnya yang lebih bernilai. Dan aku secara peribadi rasa tak adil bila ada satu team yg semuanya player kolej masuk bertanding. Ini bukan pertandingan profesional. Tak adillah org expert masuk kategori novice. Sepatutnya diorang ada syarat, misalnya satu team kena ada maksimum 2 player kolej saja @ kalau nk sgt, biar team kolej tu masuk kategori terbuka. But anyway, congrats girls!

Bbdk lelaki pn tak kurang hebatnya. Bbdk umah blkg telah membentuk pasukan Cekadak, dibarisi atlit-atlit spt Z, Jas, Zam, Redza, Tiong dan Sle yg bertanding dlm sukaneka iaitu bagi acara tarik upih dan lari dalam guni. Mereka berjaya memenangi tempat ke-3 dlm acara lari dlm guni. Terhibur sungguh aku tengok diorang beraksi.

si cilik
Gambar Hiasan

Lewat petang, ada pula yang menceburi sukan permotoran. Motor ala-ala moto GP tapi saiznya jauh lebih kecil, macam bawak basikal budak je. Actually, moto tu mmg utk bbdk pn, tapi org besar pn nk try xsalah. Tragedi melanda apabila seorang daripada sahabat aku terlibat dalam satu kemalangan akibat hilang kawalan sewaktu memecut di trek lurus. Mujur dia hanya mengalami luka ringan dan tidak perlu dikejarkan di hospital, cuma dikejarkan ke rumah sewanya sahaja. Dapatlah dia merasmikan ambulans kolej yg selama ni aku tak pernah tengok ianya digunakan pun.

Konsert? Aku tak pegi.

5 Comments

Filed under Uncategorized