Category Archives: Menggeletek

Syurga Tutup Seminggu

Malam itu malam Jumaat. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Masih awal lagi. Tetapi dia sudah tersengih-sengih membayangkan apa yang akan berlaku malam itu. Dia sudah gian. Sudah lama tak dapat. Selalu sibuk. Isterinya bekerja syif. Kadang2 siang, kadang2 malam. Jadual waktu kerja dia juga tidak menentu. Ikut kontrak. Jadi barangkali bila pulang dari kerja, kedua-duanya terlalu penat untuk menunaikan kewajipan ‘itu’.

Tapi tidak malam ini. Dia berazam menunaikan kewajipannya sebaik-baiknya malam ini. Mencapai kemuncak kepuasan bersama. Dia sudah bersedia.

Anak-anak sudah ditidurkan awal. Bilik tidur sudah disembur pewangi harum semerbak. Sudah didekorasi indah. Masa sedetik dirasakan terlalu lambat bagaikan setahun, menunggu waktu untuk masuk beradu di kamar. Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua, isterinya masuk ke bilik lantas berbaring di atas katil. Spontan dia memeluk isterinya dan memberikan tanda-tanda mahukan ‘itu’.

Isterinya yang mithali itu memberikan senyuman manis lantas berkata,

” Sorry bang, SYURGA TUTUP SEMINGGU!”

Esoknya bila dia ceritakan pada aku dan kawan-kawan, mengekek kami ketawa.

Advertisements

4 Comments

Filed under Menggeletek

William Hang

Di rumah.

Aku sedang bernyanyi sambil cuba menghibur hati

"Dan mungkin bila nanti…
 Kita kan bertemu lagi…
 Satu pintaku jangan…."

Tiba-tiba mak mencelah dari dapur,

"Sudahlah Ngah, toksah nyanyilah. Suara kau tu bukannya sedap."

Aduh..pedih..pedih.

Kali pertama dia cakap macam tu selama lebih suku abad aku jadi anak dia. Dia dah tak tahan sangatlah tu. Hahaha…

13 Comments

Filed under Menggeletek