Monthly Archives: July 2006

Syurga Tutup Seminggu

Malam itu malam Jumaat. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Masih awal lagi. Tetapi dia sudah tersengih-sengih membayangkan apa yang akan berlaku malam itu. Dia sudah gian. Sudah lama tak dapat. Selalu sibuk. Isterinya bekerja syif. Kadang2 siang, kadang2 malam. Jadual waktu kerja dia juga tidak menentu. Ikut kontrak. Jadi barangkali bila pulang dari kerja, kedua-duanya terlalu penat untuk menunaikan kewajipan ‘itu’.

Tapi tidak malam ini. Dia berazam menunaikan kewajipannya sebaik-baiknya malam ini. Mencapai kemuncak kepuasan bersama. Dia sudah bersedia.

Anak-anak sudah ditidurkan awal. Bilik tidur sudah disembur pewangi harum semerbak. Sudah didekorasi indah. Masa sedetik dirasakan terlalu lambat bagaikan setahun, menunggu waktu untuk masuk beradu di kamar. Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua, isterinya masuk ke bilik lantas berbaring di atas katil. Spontan dia memeluk isterinya dan memberikan tanda-tanda mahukan ‘itu’.

Isterinya yang mithali itu memberikan senyuman manis lantas berkata,

” Sorry bang, SYURGA TUTUP SEMINGGU!”

Esoknya bila dia ceritakan pada aku dan kawan-kawan, mengekek kami ketawa.

Advertisements

4 Comments

Filed under Menggeletek

Biarkanlah Rambutnya Berkelemumur

Macam kebetulan pulak, Nana dan Litium membangkitkan tentang isu iklan-iklan keji yang muncul di kaca televisyen. Walaupun aku tidaklah mengeluarkan caci-maki yang dahsyat bila melihat iklan-iklan itu, (mungkin kerana aku tak ada masalah PMS), tetapi bengang juga bila iklan tu konsep, mesej dan penyampaiannya tak masuk akal.

Selain dari iklan keji yang telah Nana nyatakan, ada dua lagi iklan yang buat aku cukup menyampah. Iklan syampu. Pertama, tentang seorang gadis yang menuntut di sebuah institut pengajian, yang tiada keyakinan diri kerana rambutnya berkelemumur, meskipun bertudung. Sifat itu menghalang dia dari menyertai sebuah drama. Akhirnya kawan dia memberi sebuah penyelesaian, menggunakan syampu yang kununnya ajaib sangat itulah, makanya hilanglah akan kelemumurnya itu dan bertambahlah keyakinan dirinya dan masuklah dia ke ujibakat drama itu. Dan aku assume dia dapatlah watak heroin tu. Paling keji bagi aku adalah scene apabila gadis bertudung itu memegang tangan lelaki yang aku assume hero dalam iklan tu. Keji sungguh.

Iklan kedua adalah iklan yang dikolaborasikan dengan rancangan siasatan jenayah yang tersohor di sebuah stesen tv swasta tempatan. Itupun keji tahap tertinggi. Kononnya tak mahu ditemubual tentang kes pecah rumah sebab rambut berkelemumur. Lepas tu dah bersyampu, rambut dah hilang kelemumur, dengan penuh gediknya melibas-libas rambut bila nak ditemubual. Gedik nak mampos sampai aku rasa nak terajang!!

Entah apa nak jadilah dengan diorang ni.

12 Comments

Filed under Apa-Apa Aje