Skeptik

                                   “Never trust anybody 100%”

Itulah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh mantan awekku sewaktu kami berdating beberapa kurun yang lalu.

“Walaupun aku R?”

“Walaupun kau.”

Ketika itu aku kecil hati dan marah pada dia. Kenapa pulak dia tak mahu percaya pada aku sedangkan aku ni pakwe yang tulus ikhlas menyayangi dia? Aku fikir. Waktu itu.

Tapi perjalanan detik waktu membawa bersama kematangan dalam diri, bibit demi bibit. Lama selepas itu barulah aku sedar, kata-katanya itu memang benar. Orang kata kalau couple atau pasangan itu sebaya, selalunya yg perempuan itu akan lebih matang. Betullah tu.

Apa perasaan yg akan dirasa bila kau amanahkan seseorang dengan rahsia atau masalah kau kerana kau percaya padanya dengan harapan agar dia tidak menceritakannya pada orang lain tapi rupa-rupanya dia mengkhianati amanah itu. Aku pernah merasainya. Sakit hati, kecewa, malu, tertekan. Semuanya aku alami. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.

Dunia terlalu cepat berubah dan kita sebagai manusia pun begitu. Orang yang bersahabat baik dan sangat akrab hari ini mungkin akan menjadi seteru ketat esok. Pasangan yang berkahwin hari ini belum tentu esok lusa akan bersama lagi. Anak murid yang taat setia sekarang ini barangkali akan durhaka kemudian nanti. Semua ini siapa yang tahu? Hanya Dia…..

Lalu aku pun mengambil pendekatan berjaga-jaga. Perkara-perkara berat dan sulit yang aku rancang dan fikirkan jarang aku ceritakan pada orang lain kecuali apabila perlu dan pada yang patut tahu. Perasaan dan masalah aku juga begitu. Lantas ada sahabat yang melabel aku sebagai ‘misterius’ kerana sikapku. Biarkan. Aku suka dianggap begitu. Hidup ini bagaikan permainan catur, kalau orang dah tahu apa langkah kau, lebih tinggilah kebarangkalian untuk kau kalah.

Dan banyak kali juga, aku mendengar ayat2 sebegini,

“Eh, kau tau sebenarnya si Z tu dah kahwin senyap2.”

“Y dan X tu couple dah teruk woo..Bukan setakat pegang tangan je, pegang ….”

“Kau tau W tu memang malas kerja. Tengoklah, hari ni tak masuk. Dah 2 minggu asyik mengular je.”

Berapa ramai antara kita yang apabila mendengar satu cerita yang belum sahih, menyiasatnya dahulu sebelum membuat keputusan mengiya atau menidakkan? Dan berapa ramai pula yang lekas-lekas nak percaya tanpa usul periksa?

Sebab itu aku skeptik apabila mendengar cerita dan berita yg kabur sumbernya. Aku skeptik apabila mendengar manusia pernah mendarat di bulan. Aku skeptik apabila orang kata kalau kau tak forwardkan email ini kau akan ditimpa malapetaka dalm 2-3 hari. Aku skeptik apabila orang berkempen jualan langsung, yang kalau aku menyertainya boleh mendapat keuntungan beribu-raban ringgit. Aku skeptik apabila harga tol naik disebabkan kos pengangkutan semasa yang turut naik sama. Aku skeptik apabila gula habis. Aku skeptik apabila Datuk K berkata Siti bukan punca perceraiannya.

Berikanlah bukti untuk aku percaya.

Advertisements

7 Comments

Filed under Apa-Apa Aje, Emotions

7 responses to “Skeptik

  1. dan saya paling takut jika diri saya sendiri berubah. berubah ke arah yang lebih teruk pada masa akan datang.

    sedikit ragu-ragu itu perlu, barangkali.

  2. oh ya. kerana itulah saya, Siti dan ramai lagi wanita lain lebih sukakan jika lelaki yang menjadi pasangan itu lebih tua (tidak semestinya lebih berusia). kerana kami sebenarnya lebih memerlukan kematangan pihak lelaki yang bakal memimpin keluarga. heheh

  3. yup.. setuju..
    ada org kata, nak carik isteri, cari yg lebih muda (5 – 10 tahun)
    sbb pompuan cepat matang berbanding lelaki…

  4. boy

    apsal hidup ini complicated sgt..kn mudah smua masalah boleh diatasi semudah sunsilk..hahahaha.

  5. cheedah

    semua terjadi ada sebab..harini baik esok gaduh mesti ada sebab..siti cari datuk k ada sebabnya..harini kita mungkin tak nampak sebabnya..tapi esok lusa pasti akan tau..

    pasangan seusia tak semestinya pompuan akan jadi lebih matang..semua datang dari diri sendiri..manusia nie mcm dadu..tgk dr satu sudut nampak satu..tapi kalau kita tgk dari sudut yang lain..tak mustahil kita akan nampak 6..

  6. ya..saya suka dengan entri ni.. 🙂

    janganlah skeptik kalau saya baru je nak masuk tengok entri kat sini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s