Monthly Archives: May 2006

Kehidupan Yang Terkini

Sudah hampir 2 bulan aku bergelar tutor. Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan dengan baik sekali. Banyak juga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Dengan projek dan assignment yang perlu dibereskan, subjek yang harus dipelajari, makmal semester khas yang perlu dipantau, kadang-kadang rasa tak menang tangan nak menyelesaikan semuanya. Dan banyak pula lagi amanah yang aku jangka akan menyusul nanti.

Tahun hadapan aku akan mengendali makmal penjanaan dan penghantaran kuasa untuk pelajar tahun 3. Wah, cabaran yang cukup hebat! Terpaksalah aku menghafaz dan mengkaji segala manual peralatan yang akan digunakan, yang malangnya belum satupun aku sentuh. Takpe, ada sebulan lagi sebelum semester baru bermula. Sempat kot. Asalkan aku tak terlampau berfoya-foya, rasanya semua itu boleh aku selesaikan.

Selain itu, aku dalam proses memohon tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Polisi di tempatku buat masa ini adalah menggalakkan tutor menyambung pengajian di luar negara. Aku setakat ini tiada masalah dengan polisi itu kerana aku belum terikat dan mengikat diri dengan sesiapa. Lainlah dengan sahabatku yang sudah berkahwin, masalah juga, terutama apabila pasangan mereka juga bekerja. Nak pergi takut tak mampu menanggung rindu, nak stay jawatan pula tak dapat disahkan. Australia? UK? German? Holland? Sweden? Entahlah, tengoklah rezekiku di mana nanti. Rasa teruja juga. Maklumlah, sudah lama mengidam untuk naik kapalterbang. Tentu banyak pengalaman dapat dikutip bila merantau ke negara orang.

5 Comments

Filed under Berita Semasa

Nak Pindah Kot

Aku sudah kachiwa dengan akses aku ke blogspot dari opis.

Mungkin kakitangan IT kat tempat aku ni dah tahu bahana orang yang mengidap penyakit Bloginsome Syndrome. Ataupun mungkin connection aje yang ada masalah. Entahlah. Tapi nak publish entry punyalah payah. Pastu nak edit template pun tak boleh. Aku day try survey rumah baru kat WordPress. Kat WordPress so far nampak ok. Publish pun takde masalah. Cuma template dialah yang dah fixed. Takleh nak edit-edit.

4 Comments

Filed under Uncategorized

Im Berpindah Rumah

Rumah virtual aku di blogspot tidak dapat diakses dari ofis. Hanya boleh membaca sahaja. Untuk mem'publish' entry tidak boleh. Asyik-asyik connection fail. Walhal di ofislah sahaja tempat yang paling ideal untuk aku melayari internet. Di rumah sewaku tidak ada Streamyx. Sudah tentulah, kerana talian telefon pun tidak ada! Lalu, apa lagi yang harus aku lakukan, pindah rumah saja (rumah virtual bukan rumah sewa).

Rumahku yang baru ini kiranya bagus juga. Dekorasinya menarik. Layoutnya kemas, tersusun dan user-friendly. Terdapat beberapa extra features yang aku suka. Cuma di WordPress ini aku tak boleh edit html page. Kenalah pakai template yang disediakan saja.

2 Comments

Filed under Berita Semasa

Boleh Tak?

Ini cubaan ke betul2?

Cubaan!!!!

1 Comment

Filed under Apa-Apa Aje