Category Archives: Food For Thots

Kabel & Duit Kopi

Bila mintak kerja, orang akan tanya, “Kau ada kabel tak kt tmpt tu?”

Bila ko fight utk tender projek, orang akan kata, ” Kalau tak ada kabel kat dalam tu, tak payahlah.”

Ternyata kabel memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-hari masyarakat aku.

Hari itu, kawan aku mintak kerja di sebuah kilang. Dihantarnya resume secara terus ke pejabat HR kompeni tersebut. Petangnya beliau mendapat panggilan telefon dari kakitangan HR tempat itu.

“Encik, sebenarnya banyak permohonan yg pihak kami uruskan. Tapi, kalau encik nak, saya boleh ‘expedite’* proses ni dan arrangekan satu sesi interview untuk encik.  Saya juga boleh bagitau encik soalan2 yg dia akan tanya dalam interview tu nanti. Cuma, encik faham-fahamlah kan….”

Kawan aku tolak. Walaupun dia desperate nak kerja. Walaupun dia boleh je bayar jumlah yg org tu nak. Dia risau. Takut duit kerja tu nanti tak berkat. Aku respek.  Sebab dia pikir panjang.

Ada seorang kawanku pula bekerja sebagai kontraktor kelas F. Dia ini memang jenis yg tidak suka dan tidak pernah menghulur ‘duit kopi’ ni. Aku musykil pada mulanya. Mindset aku telah mengkonklusikan bahawa kalau kau nak berjaya dalam bisnes sebegitu, memang perlu menerapkan budaya ‘menghulur’. Bagaimana dia boleh survive dalam dunia sebegitu? Satu hari aku memberanikan diri bertanya, dan aku terkelu dengan jawapan yg diberikannya,

“Abang percaya bahawa dalam bisnes ni perlu jujur,” katanya.”Dan abg yakin di antara ramai-ramai orang yg membuka tender itu, pasti ada yg juga mencari kontraktor secara telus tanpa mengharapkan imbuhan. Abg saban hari berdoa agar ditemukan dengan yg seperti itu. Dan alhamdulillah, Allah dah temukan abg dgn bbrp org yg begitu.”

Bila kita mencari yang halal dan mengharap padaNya, apalagi yang lebih baik daripada itu?

Persepsinya bagi aku sangat menarik.

Dan mulai itu, persepsi aku juga telah berubah.

*expedite – mempercepatkan

duit kopi – istilah yg kadangkala menggambarkan duit rasuah yg diberikan utk mendapat sesuatu yg baik atau mengelakkan daripada dihukum. 

Advertisements

4 Comments

Filed under Food For Thots