William Hang

Di rumah.

Aku sedang bernyanyi sambil cuba menghibur hati

"Dan mungkin bila nanti…
 Kita kan bertemu lagi…
 Satu pintaku jangan…."

Tiba-tiba mak mencelah dari dapur,

"Sudahlah Ngah, toksah nyanyilah. Suara kau tu bukannya sedap."

Aduh..pedih..pedih.

Kali pertama dia cakap macam tu selama lebih suku abad aku jadi anak dia. Dia dah tak tahan sangatlah tu. Hahaha…

Advertisements

13 Comments

Filed under Menggeletek

13 responses to “William Hang

  1. Setakat ini bila saya menyanyi, tak ada pula sesiapa yang memberi
    komen ala Paul Moss atau Simon Cowell tu.

    Silap lah tak masuk “One in a million tempuh hari….. 😉

  2. Ain

    hehehe hihihi, william hung yang satu tu pun dah menggegarkan dunia, maybe dia taknak ada william hung no 2

  3. pyc,
    mungkin diorang segan nak bagitau. tak sampai hati 😀

    ain,
    saya pun tak nak jadi no.2. tapi satu yg saya respek adalah keyakinan diri dia masa join american idol tu. mmg saya tabik!!

  4. sue

    =)

    hehehehe…take it a positive way, mak ko nk suruh jaga sore kut, xbagik melalak..hehhehe..

  5. Sebab dia tau kalau the usual “nanti hujan turun” is not as effective kut.. hehe

  6. salfiza

    hurm..saya rasakan…

    auta: suara awak sedap tp mak awak takut kalo dipuji awak akan berkeinginan menjadi penyanyi dan akhirnya lupe diri spt..dot dot dot. Buktinya..kalo tak sedap mengapa tidak beliau mengkhabarkannya kepada awak sejak azali lagi?

    fakta: suara awak memang tak sedap sejak dari dulu lagi tp baru sekarang mak awak bgtahu kerana tidak lagi sanggup menahan derita mendengar suara awak yang merdusss itu!

    Kesimpulannya: jgnle marah mendengar komen daripada seorang amatur seperti saya. Saya pun hairan, kalo tang ngaji mak saya selalu duk puji suara saya sedap tp kalo nyanyi depan mak saya..baru je nak nganga mulut mak saya terus ckp ” tak elok nyanyi2 ni fiza….” sejak hari itu saya tidak lagi menyanyi di hadapan emak saya tetapi di belakangnya..Tuhan sahaja yang tahu………….huhu

    p/s: penah masuk bilik karaoke kecik tempat lepas tension sorang2 tue tak?? lain kali nyanyi kat situ..takde sape nak komen!! hehe

  7. saya bukan setakat menyanyi-nyanyi malah bergelek-gelek lagi. hahaha oh bukannya di depan orang ramai, ye. 😀

  8. salfiza

    Nana: kalau di hadapan org ramai pun apa salahnya..tp kena pilih org ramai di kalangana wanita, org tua yang tidak lagi bernafsu (ada lg ke?)dan kanak2 yang belum tahu berfikir…heeeeeeeeee=)

  9. sue,
    positif, positif juga, tapi kena sedar diri pun ya juga.

    crimsonskye,
    mungkin jugak la

    salfiza,
    fakta: sy tidak marah langsung. suara saya mmg tak sedap.sy pernah merakam nyanyian saya sendiri dan sy rs malu sensorang di tahap cipan apabila mendengarnya semula kerana bunyinya huduh yang amat. mujurlah saya sempat insaf dan kembali ke pangkal jalan. kalau sy terperasan bagus dan bertindak menyertai malaysian idol, tak tahulah apa sumpah-seranah yg akan dilemparkan oleh paul moss kepada saya.

    nana,
    oh abg pun pernah berdansa juga. tapi gelek-gelek takdelah.sengih kambing abg bila terbayang nana bergelek. goyang gerudi bleh buat?

  10. salfiza

    fakta: saya sungguh kagum dengan kejujuran awak..saya rasa jika berkesempatan, wajar rasenya awak meng”upload”kan rakaman suara awak itu ke mana-mana laman web seperti jakionline, jiwang, sesumpah, bla2…saya pasti akan ramai yang akan terguling-guling ketawa juga terhibur dengan nyanyian awak itu…ehem!

  11. kiyai…dah ada umah baru ekk…ofis aku baru install internet, sebab tu dah lama x online…

  12. kau nyanyi sebiji. sama dengan penyanyi asal. bukan suaranya tapi liriknya. Liriknya sama.

    ajak la mak kau berduet.

  13. Kalau Im dan Maknya berduet, kita semua lah yang akan beramai-ramai mencelah:

    “Sudahlah Ngah dan Mak Ngah, toksah nyanyilah. Suara awak berdua tu bukannya sedap.” 😉

  14. rose:
    haah, blog aku takleh nak access dr opis.

    tok rimau:
    kalau aku ajak mak aku berduet, mak aku akan kata “Baik kau ikut mak mengaji lagi bagus”

    pyc:
    mak saya suaranya sedap. tapi difokuskan ke bentuk yg lebih bermanfaat. dia guru tajwid dan ketua kumpulan berzanji kaum hawa di taman perumahan kami. kalau saya berduet dengan mak, pasti anda akan kata “Suara maknya sedap, anaknya alahaiii….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s