Silat, Pistol & Rogol

"Alaa..buat apa nak belajar silat? Zaman sekarang orang pakai pistol la. Tembak aje! Takde dah silat-silat ni." Seorang lelaki berbicara dengan memek muka yang sinis.

"Bak sini pistol kau aku tengok!" Tak ada pulak. Kalau dirompak orang, dia tembak pakai pistol air agaknya.

"Buat apa nak susah-susah belajar silat. Kalau ada orang nak rogol, jerit mintak tolong la. Takpun panggil polis. Senang!!!" Tutur seorang gadis pula. Di waktu yang berbeza. Di tempat yang tak sama. Aduhai ceteknya pemikiran. Kalau betullah nak selamatkan diri semudah itu, tentu takkan ada satu kes rogol pun di dunia ini. Kerana perogol semua bodoh. Merogol di tempat ramai orang. Atau merogol depan balai polis.

Untuk beberapa ketika, perasaan amarah singgah juga di lubuk hati kala mendengar kata-kata mereka ini. Mujur sekadar singgah, tidak bermastautin di situ. Kerana aku sedar yang mereka berkata begitu kerana mereka belum memahami. Atau tidak mahu. Biarlah. Aku tidak rugi apa-apa. Namun dalam redha, tercuit jua rasa terkilan di hati. Bukan kerana mereka tidak mahu belajar. Kerana aku faham minat orang pun berbeza-beza. Tapi terkilan kerana mereka itu secara tidak langsung meremeh-remehkan warisan budaya sendiri. Andai mereka mahu mengerti, pasti mereka akan menyedari betapa bermutu dan indahnya seni mempertahankan diri bangsa sendiri. Betapa ia mampu membentuk keyakinan dan disiplin diri, mempertalikan hubungan jasad dan rohani, mewujudkan kerendahan hati dan rasa kebergantungan diri pada Ilahi.

Bagi aku yang penting aku berusaha. Berusaha belajar ilmu yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri andai tiba waktu aku memerlukannya. Selamat atau tidak itu bukan kerja aku. Itu kerja Allah. Yang penting aku dah usaha. Kalau kau tak nak belajar sudahlah. Jangan lekehkan warisan budaya bangsa sendiri.

Advertisements

7 Comments

Filed under Persilatan

7 responses to “Silat, Pistol & Rogol

  1. Haaa…. baru aje nak tanya abg apa-apa tips untuk elak rasa berang dan radang yang selalu datang tiap kali terdengar orang mengeji dan mencaci silat, terutamanya SCH. Tak boleh tidak, saya memang akan cepat naik angin bila SCH dipermain-mainkan.

    Mungkin kerana pengisian dan didikan yang kita dapat di dalam SCH, yang mendidik kita menjadi insan dan manusia, bukannya sekadar menjadi orang. Yang tak akan kita dapat di tempat dan bidang yang lain…

  2. Pingback: … » Blog Archive » Warisan Mutlak

  3. wa jua ada menyimpan sepucuk pistol bayekkk punya :B

  4. Wongahbeng – pistol Beng tu pistol air. Jangan lupa basuh lepas guna okay. 😉

    Im – Terlalu ramai orang yang suka sangat memperlekehkan sesuatu yang mereka sebenarnya tidak tahu dan tidak faham. Saya sendiri tidak boleh tahan dengan jenis yang bodoh sombong ni….ramai pula yang jenis macam tu.

  5. atn

    vaaaaa apsal migrasi beramai2 ke wordpress eg hanakirana dan sapa lagi ek?

    good luck with yr new job

  6. mid

    cik nana, klau pengisian dan didikan utk menjadi insan dan manusia di ajar; dan penerimaan awak betul, perasaan berang, radang dan cepat naik angin takkan ada dlm diri awak. pk2 kan…

  7. jinan

    selamat, saya terjumpa blog ni tak sengaja, menarik sekali, tak salah rasanya kalau kita tahu seni pertahanan diri tradisi. mana lah tau kita boleh guna di tempat-tempat tertentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s