Anda Tahu Anda Gadis Gedik Bila….

Updated: Aku telah dimaklumkan oleh sahabat sealiran bahawa rakaman vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik itu sebenarnya adalah rakaman peribadi gadis2 terbabit yang telah disebarkan tanpa kebenaran dan secara tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu. Oleh yang demikian, aku ingin menarik balik kenyataan bahawa mereka adalah gadis gedik kerana setakat berseronok-seronok bersama rakan-rakan begitu tidaklah dianggap gedik. Aku juga ingin memohon maaf secara terbuka atas kesalahan aku yang tidak disengajakan itu.

Nana ada mintak tips macamana nak mengenali seorang yang gedik. Berikut adalah antara ciri-cirinya hasil pemerhatian dan pendapat aku.

(Disclaimer: Semua yg aku tuliskan ini hanyalah pendapat peribadi dan untuk renungan bersama. Tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa terutamanya awek gedik yang mungkin terbaca tulisan aku ini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. )

ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA….

1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik. Akhirkata,

TIADA GEDIK, TIADA GETIK.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

28 Comments

Filed under Uncategorized

28 responses to “Anda Tahu Anda Gadis Gedik Bila….

  1. Arie

    Muahahaha lawak sungguh cara penerangan yg telah diberikan itu tp memang ada kebenarannya, saya sungguh bersetuju dgn kata-kata tersebut.

  2. Anda tahu anda gadis gedik bila….

    ….orang mengatakan anda gedik dan anda membalas dengan suara merengek “mana ada!”

    Thanks for the signs. I’ll keep them in my head whenever I come across the other gender T_T

  3. I am now so convinced that it would be such fun to spend just one day with you hunting and identifying “the Gedik Girls”

    Jom Im…bila free?

  4. sue

    alamak…

    aku slalu rasa diri comel..wakakkakaka….adakah termasuk gologan gedik jugak, prof?

    yang celaru
    gaids gedik..ehhehe

  5. sue, jangan bimbang. anda tidak berseorangan. saya juga gadis gedik yang getik.

    hahahaha….. abg ky, abg ky… tak sangka abg akan buat entri ni. terima kasih byk2. sebagai gadis gedik dan getik, saya ingin sungguh melinkkan entri ini. Boleh ya?

  6. Anonymous

    Bila pula nak buat entry pemuda perasan macho??????

  7. hahahaha *gelak guleng2*
    and ooohhh, pemuda perasan macho? bess tue!

  8. arie: 🙂

    hiyoshi: btul jg ek? tp yg mengaku pn ada tau.

    pyc: huhuhu. takyah cari. u’ll bump into them sooner than u’d expect. tp aku bkn anti diorg pyc. in fact aku ok je klau bkwn. cuma yg over tu je yg aku tak suka.

    yg celaru: selagi tidak menimbulkan unsur ujub dan riak, merasa diri anda comel atau cun atau cantik belumlah dikira gedik. malah ia satu sifat positif yg patut ada dlm diri. after all, evry1 is beautiful in their own sense rite?

    nana: hehe. slogan ko unik la nana.

    jayc_lad: 🙂

    anonymous: mgkn anda bleh buat dan sy bleh bc blog pndpt anda pula.

    sha: klau tak anonymous wat, sha buat la!

  9. aikss pacik ky, naper tetiba entri pasal gadis gedik nihs?? did u came across ngan gadis gedik, or ada minah gedik yg nak tgh try nak tekel pacik ky?? kuii.. kuiii kuiii.. 🙂

  10. Saya amat suka dgn entri tu & amat bersetuju dgn cth the most beautiful bla bla tu. Tgk promo je pun saya dah termual dgn aksi2 gedik&getik..he..he..tak pernah tgk lg rancangan tu takut tak sempat abih. Tdo lg best kot dr tgk aksi2 gedik&getik 😉

  11. gedik dan getik, saya mengaku bersalah yang arif!

  12. addition…gadis gedik sangat suka friendster, that’s for sure.

  13. makcik leen: gadis gedik terlampau!!

    nznm: sy aritu tgk tahan 10 minit aje. i don’t think this is the way Malaysian women should be portrayed.

    puteri: hehe. asalkan jgn over, sy rs ok kot gedik sket-sket.

    furbycutee: sy pn ada akaun frenster. adakah itu menjadikan saya jantan gedik? ohh…tidaaakk!!!!

  14. Ada juga ke jantan gedik, Im?? The ones that I know are “she-men” gedik!!! and they bring an entirely new definition and meaning to the word ‘gedik”…..Aauuwww!!!!!!!

  15. pertama kali masuk, meloncat dari blog Si Nana…

    saya juga seperti Sue, selalu juga rasa diri comel (terutama bila tgk cermin lama2). tp tidaklah rasa comel sangat, cuma rasa hok comey nok mapuh adalah…hahaha

  16. ermm.. yg malaysians most butiful tuh ade gak la nampak gedik.. tp aku pon gedik ker? muehehe abih aku slalu cakap aku ni chomel.. pastu ske plak bile berhadapan ngan camera.. aku rasa x gedik kot.. tu cume ermm simtomp2 x leh tgk kamera kot.. ahaks.. x pon.. au ni jenis foto genik.. ahaks.. (alamakkkkk dah terperasan plak.. adoi dah tergedik plakkkk) ahaks..

  17. im

    pyc: wpun mgkin takde lelaki gedik, tapi lelaki perasan hensem tetap ada.

    tuantanah & akane: perasan comel xmengapa. janji jgn over ok?

  18. Anonymous

    aku rasa ko ni cam jantan poyo la! tu la nak cakap org main sedap mulut jer … minah2 tu tak bersalah x pasal2 jer kene kutuk ngan ko … kan dah kene jilat balik … hahahhahahaha

  19. im

    well, ya, ttg itu saya salah. so kenalah ngaku. mgkn sy terburu-buru mbuat tanggapan. tapi biasalah, awak tak kenal sy pn dh buat tanggapan kan anonymous?–>

  20. Bang_la

    Salam bro

    Ha3 memang betul tu. hampir 80% gadis2 gedik yang aku tengok ade ciri2 camtu.

    Cuma nak tambah sikit :
    1) si gedik ni biasanya cenderung menggedik bila dia bersama kumpulan gediknya.

    2) si gedik ni biasanya dari golongan anak emas, anak mommy/daddy dan dari golongan pertengahan atau korporat.

    3) si gedik ni egonya tinggi, dan biasanya adalah seorang feminist (aku pernah lempang seekor spesis ni,jangan cabar ego lelaki).

    4) si gedik boleh dikenai dengan fesyen yang agak menonjol, “pink” dan agak “cute” (walaupun dah tua bangka!)gaya jalan pun biasanya mengada ngada dan meluatkan hati setiap lelaki yang melihatnya.

  21. ahchia

    thanks for making such post. it made my night. HAHAH!

  22. ath

    waahhh… this entry menambahkan lagi pengetahuan aku..
    aku bukan anti-gedik, and gedik pun bukan… but aku x suka over-gedik ladies… apallagi if that lady is my best friend.. “you betrayed me!” “gedik2 in front of me, you know i never like that” she should have known better!

  23. Pingback: Sifat Perempuan yg Semulajadi di Dokumentasikan.. « Stalking Area! (18PL)

  24. salam..! awak..saya copy ye fakta awak ni..menarik..!terima kasih..

  25. a’ah.sya jga mrasa knyataan yg ditulis mmg btol.sya ckup mnymph dgn
    prngai gdik trlampau.Mereka ska buat mimik bka yg menjengkelkn utk diliht.Saya mrsa gram sbb glongan cm diorg wujud.Ini mnjdikn sbhgian prmpuan yg trpksa melyn atau brkwn dgn golongan gedik tu,terlabel jgak,sdgkn tidak ada cri yg ada pdanya.Mereka jga ska buat stu prkra yg mnarik prhtian lki,sperti mnynyi dgn suara mnja menggedik dpan klas,,
    Saya dgn sorg lgi rkan,rsa cm nk bling ksut kt ka sesorg tu.

  26. Nora S

    Ahahaha interesting post. Gadis gedik memang sukakan attention dan suka buat suara2 menyampah dan manja. Untuk apa semua tu? Boleh tapi janganlah over sampai menyinggung perasaan orang lain. Just my 2 cents! Heheh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s