Dan Aku Mengerti Kini…


Dahulu aku menyangka
Cinta itu perlu diungkap dengan kata-kata
Ungkapan syahdu membelai jiwa
Pujuk rayu dan gurau senda
Tanda kasih tidak terhingga

Tapi kini aku sedari
Tak semua madah manis bermadu datang dari hati
Terkadang ada maksud lain yang disembunyi
Ada niat tersirat yang cuba diselindungi
Kata-kata tidak boleh menjadi sandaran cinta sejati

Bagiku
Cinta sejati bukan sekadar membisikkan I Love You
Dan membalas I Love You Too…
Tapi menyayangi seseorang
Tanpa mengharapkan balasan
Bersedia menemaninya kala susah dan senang,
Mengingatinya
Mendoakannya
Mendambakan kebahagiaan mengiringi hidupnya
Mengharapkan rahmat Ilahi menyinari hatinya

Kata-kata romantis itu hanya punya makna
Jika ia datang bersama keikhlasan jiwa
Kerana cinta sejati itu
Bukan datang dalam bahasa lidah
Tapi terungkap melalui bahasa hati
Terpancar melalui wajah, terselit di celah gerak-geri
Dan aku mengerti kini

~Kamar Imzadle~
Copyrights Reserved Imzadle 2005

Buat teman yang kena cabut gigi hari ni, dah..dah.. tahan ye, sikit aje tu! ๐Ÿ™‚

Advertisements

7 Comments

Filed under Uncategorized

7 responses to “Dan Aku Mengerti Kini…

  1. Arie

    Nice poem…aku jua mengerti kini hehe

  2. nilah akibatnya dok sorang2 kat umah xde member. ๐Ÿ™‚

  3. sue

    wah jiwang2…hehehe…sungguh tidak ku sangka..

  4. bukan jiwang la sue. (he..he, xnk ngaku). aku pun tak tau caner leh plak terdapat idea nk karang puisi ni. tapi suka-suka, apa salahnya. sbb byk bukak blog org yg berpuisi-puisan agaknya.

  5. linda

    hmmm.. tak sangka.
    nice try and nice word

  6. nice try, man… in fact, it touches my heart deeply… ๐Ÿ™‚

    Abg. Doraemon? Nope, i dont think u know him… Budak FTSM dia tuh

  7. Anonymous

    Cinta….bila ikhlas kita tak mengharapkan balasan, ada tika kerana terlalu menyintai kita terpaksa biarkan insan yg tersayang pergi, andai ketidakhadiran kita membuatkan dia bahagia, kerana cinta membuatkan kita sanggup berkorban apa saja asalkan kebahagiaan sentiasa menyelubungi dirinya, dan sayangi diri sendiri sebelum belajar menyayangi insan lain. Pergh…jiwang sungguh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s