Ruang meja di bilik pejabat aku berserabut. Macam-macam kerja perlu dibereskan. Kertas berserakan menutupi ruang meja, dengan nota kuliahnya, tutorialnya, labnya, surat-surat rasminya. Alat tulis pun tertindih di bawah timbunan kertas. Bila nak mencari pen, stapler, kalkulator, jenuh nak kena menyelak kertas-kertas tu. Dan acapkali, aku akan lost, kertas yang aku nak guna tak jumpa. Oh sungguhlah tak organizenya aku ini. Bukan aku tak cuba, adalah 2-3 kali aku akan kemas meja bila tiba waktu balik kerja. Tapi bertahannya tak lama. Esok paginya, habis berterabur balik. Ok, since aku memang helpless bab kemas-mengemas ni, nampaknya aku mesti masukkan ciri pandai mengemas dalam kriteria pemilihan isteri aku nanti.
Aku cerita ini bukan aku nak bagitau orang aku rajin. Oh tidak. Ini semua tanggungjawab yang diamanahkan. Nak tak nak aku kena buat. Kadang-kadang workload yang diberi tak sepadan dengan jumlah masa yang aku ada. Tapi silap aku juga. Suka buat kerja last minit. Bila dah dekat dengan dateline barulah menggelabah terkena simptom tidur-malam-tak-lena-sebab-esok-dah -tau-nak-kena-jumpa-timbalan-dekan-present-laporan.Tapi sebenarnya aku suka dengan tekanan ini. Otak aku berfungsi lebih baik dan lancar bila ada stress. Kerja akan siap bila rasa ada rasa cuak dan takut. Tapi kalau stress yg keterlaluan aku rasa aku breakdown juga. Maka itulah aku tidak dapat berblog selalu lagi seperti dulu. Alaa..macamla ramai sgt org baca pun kan? Tapi takpe.
Kebanyakan kerja deadlinenya minggu ini. Mudah-mudahan aku dapat setelkan semuanya. Nanti minggu depan, aku akan boleh melayari lebih banyak blog dan menuis entri. Tidak seperti waktu sekarang ini.
7 Comments
September 1, 2006 at 9:11 am
sampaikan salam kesian saya kepada wanita itu. kerana nescaya kerjanya setiap hari adalah mengemas hasil sepahan abg ky.
September 4, 2006 at 4:28 pm
Untuk Abang Im,ku rela melakukan segala-gala nya. Jangan marah ye Nana….
September 6, 2006 at 3:45 am
nana,
tak semestinya. mungkin selepas mendapat isteri yg rajin mengemas, tempias tabiat tu mungkin akan berjangkit pd abang. manalah tau kan…
mangsa yg rela,
sila hantar resume beserta sekeping gambar berukuran pasport dan sekeping gambar 3R melalui attachment email ya! :-p
September 6, 2006 at 7:57 am
kalau macam tue bolehlah saya hantar juga yea. Barulah yang rela ada saingan. Expected salary nak letak berapa, pls advice
September 6, 2006 at 1:08 pm
Pycno ketawa besar membaca komen-komen di atas. Im, jangan cepat membuat keputusan. Kadangkala, lebih bijak dan lebih murah untuk mengambil ‘Indon maid’ kalau sekadar untuk mengemas meja Im tu.
September 7, 2006 at 3:14 am
sesiapa,
boleh, boleh, memang dialu-alukan. gaji tetap tak ada, tapi elaun makanan dan penginapan ditanggung sepenuhnya. selain itu, bergantung kepada bajet bulanan, ada peruntukan untuk membeli barang2 yang disukai seperti pakaian, make-up, perabot, set pinggan-mangkuk dsb. bonus tahunan berupa set rantai intan berlian akan dipertimbangkan. amacam, menarik tak?
pyc,
dari cari indon maid, saya lebih suka cari malaysian-made. aiseh, kalau dah cari, takkan nak cari yg bleh kemas meja saja, biarlah dia kemaskan sume benda juga.
September 10, 2006 at 7:53 am
hahahaha saya pernah terdengar orang berkata, “seseorang itu jika perangainya tidak berubah sebelum berkahwin, janganlah mengharapkan dia akan berubah selepas berkahwin.”
mudah-mudahan abg. ky akan terkecuali.
amin.