August 7, 2006...7:32 am

Penangan Serangan Moero

Jump to Comments

Klik di sini untuk melihat intro “Moero Attack” di YouTube.

Dulu sekitar pertengahan tahun 80an, drama bersiri alihbahasa Jepun akan mengisi slot petang di TV1. Rancangan inilah yang menjadi kegilaan aku dan kawan-kawan aku. Sampaikan ada yang sanggup ponteng sekolah agama kerananya. Bukan aku, kawan aku. Aku tak ponteng, sebab aku memang tidak pergi sekolah agama. Ceritanya bertajuk “Moero Attack” yang bermaksud “Burning Up Attack” atau mungkin dalam bahasa Melayunya “Serangan Membakar”.

Kisahnya menceritakan perjalanan hidup seorang gadis mengejar impian menjadi pemain bolatampar dan dugaan serta rintangan yang perlu dihadapinya dalam menggapai cita-citanya itu. Ceritanya dibintangi pelakon seperti Yumiko Araki, Junko Mihara dan Tadashi Sato.

Paling best cerita itu adalah aksinya. Heroin cerita itu (malang aku tak ingat namanya) mempunyai kepakaran melakukan spike (setara dengan smash dlm badminton) yang hebat. Gerakannya dipanggil “Summersault Berpusing”. Gila ganaslah minah tu. Tera gila. Dahlah lompat tinggi, siap boleh gimnastik lagi sebelum spike. Dan spikenya itu tersangatlah lajunya sehinggakan pemain lawan akan nampak bola itu berbayang-bayang dan berpusing tak menentu. Yang kena spike tu memang tak dapat ambil punyalah. Begitulah fikiran aku di zaman kanak-kanak dulu. Sungguh naif.

Tak keterlaluan kalau aku katakan ramai orang yang lahir sezaman dengan aku yang minat bermain bolatampar bermula dari cerita itu. Aku sendiri pun mula menceburkan diri dalam arena bolatampar bermula dari tingkatan satu kerananya. Aku yang naif lagi innocent ketika itu masih menyimpan impian untuk melakukan “summersault berpusing” dan melakukan spike yang mengagumkan kawan dan menggerunkan lawan.. Tapi setiap kali aku mencuba memang tak boleh. Habis-habis tera pun aku boleh berguling atas court aje. Itu bukannya menakutkan lawan, bagi diorang gelak lagi adalah.

Lama-kelamaan barulah aku sedar impian aku tu adalah angan-angan yang tiada maknanya. Barulah aku sedar konsep graviti Bumi. Barulah aku belajar konsep penipuan dalam perfileman. Tapi minat terhadap bolatampar tak pernah luntur sehingga aku menjadi kapten pasukan sekolah sewaktu di tingkatan 5, bermain di universiti dan sampailah sekarang masih meminatinya. Cuma aku tak ada geng sahaja sekarang ini nak bermain. Kalau adapun yang main suka-suka, pakai kakilah, tanduk pakai kepalalah. Aku tak suka. Mereka tak menghayati seni bermain bolatampar.

Dalam hampir setiap siri juga, akan ada scene di mana selepas diorang training, diorang akan bermandi-manda. Mereka akan bersiram di shower yang pintunya hanya menutup bahagian badan. Kita akan nampak kepala mereka sampai ke paras dada dan bahagian lutut ke bawah. Aku tertanya juga ketika itu, apasal diorang tak tunjuk t***k sekali. Mujurlah tidak terkeluar soalan itu dari mulutku di hadapan bonda, kalau tidak sudah tentu aku akan mengalami kemalangan ngeri. Aku ketika itu juga tidak berapa faham kenapa aku sangat teruja dan ternanti-nantikan scene itu. Bila sudah matang dan besar sedikit barulah aku sedar. Aku memang lelaki normal.

18 Comments

  • best…memang best citer tue. Kalau tak silap ada permintaan ulang balik citer tue

  • kiyai, aku pun dalam kategori minat giler dgn maero attack… best sgt, kalau bleh nak mtk diorg tayangkan semula…

  • Heroin tu bernama Cun di dalam citer tu. hahahaha… tak dapat nak bayangkan kalau abg tertanya soalan maut tuh…

  • Im, betul ke…dan boleh kah kita percaya yang Im HANYA teruja dan ternanti-nantikan scene seperti itu….HANYA dulu-dulu????? ;)

  • apa kata kita bersatu hati mintak tayang semula. kita panggil karam sing walia…heheheh

  • sesiapa dan pinkrose: nanti aku cuba survey cara macamana nak mintak.

    nana: thank you for the info.

    pyc: sudah tentu skrg pun sama! malah mungkin lebih hebat lagi. skrg lagi hebat kita boleh tengok, tak payah tunggu cerita import, cerita melayu pun dah ada yg macam tu.

  • saya suka cikgu hiroshi, citer pramugari tu..

    “cikgu hiroshi, cikgu yang baik hati…”

    saya suka jugak scene tunang cikgu hiroshi bukak sarung tangan dengan gigi…

  • hai abang Ky, salam perkenalan blogger…

    saya rasa usia kita mesti sebaya je.. hehe.. saya memang suka sangat ngan citer ni.. Oshin, Rin Hane Koma dan apa ntah lagi.. sumer citer zaman tu.. tapi masa citer Maero Attack ni sanggup masa rehat sekolah agama dulu pergi kedai jauh jalan kaki sbb nak tgk beberapa scene kat dalam citer ni.. hehe..zaman tu kat area rumah, siang tak ada elektrik. cuma guna generator je utk malam.. kat kedai tu pun cuma pakai bateri je… hehe.. pastu kadang2 ponteng sekolah agama sbb nak tgk citer.. dan sbb nak tgk citer jugak sanggup “heret” generator dari stor ke stor yg satu lagi dan pasang sendiri sampai nak terputus urat kentut.. hehe.. itulah secebis kisah obsesi kisah ini sewaktu aku masih kanak-kanak.. hahaha..

  • hehe…agaknya mmg kita sezaman. terkena demam ‘moero attack’.

  • Aku minat gak. Cumi dan Ciki pun masih terbayang-bayang di ruangan mataku ekekekek

  • aku pulak ustazah kelas agama aku sampai dh tau perangai aku. waktu gmbr tu aku mmg sanggup xpi kelas.semata2 nk tgk gmbr tu dan gambar gaban,maskman, flashman dan baja hitam. semua tu nostalgia oooooo.

  • seronok tengok citer tu

  • aku pun sama…aku mmg minat gila cite moero attack dan stewardess monogatari…mmg best..skrg ni aku sedang berusaha nak dpatkan cite tu dari org jepun..mungkin aku akan membelinya dari website…

  • yup..kerana cite ni lah aku jadi player volley ball sejak sek rendah berjangkit ke sek men dan syukur lepas gak wakil daerah..oklah tu kan..heheh..effect cite2 mcm ni bagus utk sesetengah budak yg physco mcm aku ni..hehehhe

  • Aku pun terkena “badi” Maero Attack jugak masa aku kecik2 dulu…..


Leave a Reply