Malam itu malam Jumaat. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Masih awal lagi. Tetapi dia sudah tersengih-sengih membayangkan apa yang akan berlaku malam itu. Dia sudah gian. Sudah lama tak dapat. Selalu sibuk. Isterinya bekerja syif. Kadang2 siang, kadang2 malam. Jadual waktu kerja dia juga tidak menentu. Ikut kontrak. Jadi barangkali bila pulang dari kerja, kedua-duanya terlalu penat untuk menunaikan kewajipan ‘itu’.
Tapi tidak malam ini. Dia berazam menunaikan kewajipannya sebaik-baiknya malam ini. Mencapai kemuncak kepuasan bersama. Dia sudah bersedia.
Anak-anak sudah ditidurkan awal. Bilik tidur sudah disembur pewangi harum semerbak. Sudah didekorasi indah. Masa sedetik dirasakan terlalu lambat bagaikan setahun, menunggu waktu untuk masuk beradu di kamar. Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua, isterinya masuk ke bilik lantas berbaring di atas katil. Spontan dia memeluk isterinya dan memberikan tanda-tanda mahukan ‘itu’.
Isterinya yang mithali itu memberikan senyuman manis lantas berkata,
” Sorry bang, SYURGA TUTUP SEMINGGU!”
Esoknya bila dia ceritakan pada aku dan kawan-kawan, mengekek kami ketawa.
4 Comments
July 24, 2006 at 7:06 am
Ya, tempoh syurga tutup juga adalah berbeza-beza. Ada yang tiga-lima hari, malah ada yang lebih seminggu, menjangkau sehingga 20 hari!
July 27, 2006 at 3:47 pm
apalagi..manual laa… :B
August 1, 2006 at 5:54 am
Bila pintu syurga ditutup sementara, pintu neraka jangan pula di cari, lantas di buka…;)
August 6, 2006 at 4:24 pm
Wakakakak… sian yek. Lenkali seorang suami patut tahulah kitaran ’syurga’ si isteri kannn