Macam kebetulan pulak, Nana dan Litium membangkitkan tentang isu iklan-iklan keji yang muncul di kaca televisyen. Walaupun aku tidaklah mengeluarkan caci-maki yang dahsyat bila melihat iklan-iklan itu, (mungkin kerana aku tak ada masalah PMS), tetapi bengang juga bila iklan tu konsep, mesej dan penyampaiannya tak masuk akal.
Selain dari iklan keji yang telah Nana nyatakan, ada dua lagi iklan yang buat aku cukup menyampah. Iklan syampu. Pertama, tentang seorang gadis yang menuntut di sebuah institut pengajian, yang tiada keyakinan diri kerana rambutnya berkelemumur, meskipun bertudung. Sifat itu menghalang dia dari menyertai sebuah drama. Akhirnya kawan dia memberi sebuah penyelesaian, menggunakan syampu yang kununnya ajaib sangat itulah, makanya hilanglah akan kelemumurnya itu dan bertambahlah keyakinan dirinya dan masuklah dia ke ujibakat drama itu. Dan aku assume dia dapatlah watak heroin tu. Paling keji bagi aku adalah scene apabila gadis bertudung itu memegang tangan lelaki yang aku assume hero dalam iklan tu. Keji sungguh.
Iklan kedua adalah iklan yang dikolaborasikan dengan rancangan siasatan jenayah yang tersohor di sebuah stesen tv swasta tempatan. Itupun keji tahap tertinggi. Kononnya tak mahu ditemubual tentang kes pecah rumah sebab rambut berkelemumur. Lepas tu dah bersyampu, rambut dah hilang kelemumur, dengan penuh gediknya melibas-libas rambut bila nak ditemubual. Gedik nak mampos sampai aku rasa nak terajang!!
Entah apa nak jadilah dengan diorang ni.
12 Comments
July 18, 2006 at 9:10 am
jangan maki. jangan keji. terajang saja tv itu. hahahaha
July 18, 2006 at 10:49 am
eh kau ni budak koleq ke..
July 19, 2006 at 4:39 am
ala..shampoo yg diiklankan tu dayah pakai lg byk kelemumur ade la..penipu je!
sory.. :p
So saya cdgkan agar anda sumer menggunakan PREFERS..ekeke..sempat promote lak
July 19, 2006 at 8:48 am
lit: ha ah brader ni budak koleq
July 20, 2006 at 5:35 am
kiyai…
makin sempoi aa ayat2 ko…
apesal takde tagboard kat sini??
July 20, 2006 at 8:50 am
lit: aku tak boleh terajang tv aku kerana aku sayang tv itu. kerananya aku boleh tengok world cup, buletin utama dan rancangan kartun seperti naruto, detektif conan dan spongebob. yg aku benci muka pelakon gedik yang muncul di kaca tv itu. pasal budak koleq, nana dh jawab dh tu, btul la tu. ko pun knal hero iklan tu jugak ye?
dayah: tak pernah dengar pun jenama tu!
pinkrose: sini mmg takde option utk tagboard la. tu yg aku suka blogspot tu. kita leh adjust template dia.
July 20, 2006 at 1:53 pm
ade lor..tak pyh msuk tv pn..tp bgs ape..
July 21, 2006 at 1:40 am
aaa syampu prefers tu memang the best pada saya. kan dayah, kan?kan? kan? btw, katun detective conan, spongebob, teamo supremo, shin chan dan totally spies juga adelah katun yang saya tak buleh missed.
July 21, 2006 at 2:16 pm
wah, akhirnya ada gak yang menyokong saya! hidup prefers! hik hik
July 24, 2006 at 12:47 am
Kasi body slam itu TV!
July 27, 2006 at 7:22 am
ye! iklan2 keji tu harus diterajang saje.
August 6, 2006 at 4:22 pm
Ummmmm… iklan malaysia memang best kalo dibandingkan dengan indon. Tak percaya tgklah channel indon!
Salam perkenalan dan Jalan2 Cari blog!