Malam semalam aku bersama rakan serumah menonton sebuah filem aksi yang bertukar menjadi filem kelakar. Oh, bukan kerana pelakonnya tidak berkualiti, lakonan mereka kira okeylah, walaupun mungkin tidaklah sehebat pelakon seperti Denzel Washington yang menjadi idola aku. Bukan juga kerana plot ceritanya kerana unsur saspens dan thriller berjaya digarap pada tahap sederhana.
Tapi yang buat aku [...]
Entries from June 2006
June 30, 2006
Bahasa Inggeris Seorang Lanun
June 14, 2006
William Hang
Di rumah.
Aku sedang bernyanyi sambil cuba menghibur hati
"Dan mungkin bila nanti…
Kita kan bertemu lagi…
Satu pintaku jangan…."
Tiba-tiba mak mencelah dari dapur,
"Sudahlah Ngah, toksah nyanyilah. Suara kau tu bukannya sedap."
Aduh..pedih..pedih.
Kali pertama dia cakap macam tu selama lebih suku abad aku jadi anak dia. Dia dah tak tahan sangatlah tu. Hahaha…
June 12, 2006
Bila Memandai Nak Stay Kat Ofis Sampai Malam
Beberapa minggu lepas, aku membantu seorang sahabat aku. Menanda kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar untuk satu subjek. Harinya hari Selasa. Dateline untuk submit markah adalah hari Khamis tapi aku terpaksa siapkan hari tu juga sebab esoknya aku dah kena pergi kursus sampai hujung minggu. Silap aku juga, skrip tu dah diberi sejak minggu sebelumnya, aku [...]
June 7, 2006
Silat, Pistol & Rogol
"Alaa..buat apa nak belajar silat? Zaman sekarang orang pakai pistol la. Tembak aje! Takde dah silat-silat ni." Seorang lelaki berbicara dengan memek muka yang sinis.
"Bak sini pistol kau aku tengok!" Tak ada pulak. Kalau dirompak orang, dia tembak pakai pistol air agaknya.
"Buat apa nak susah-susah belajar silat. Kalau ada orang nak rogol, jerit mintak tolong [...]